F1: Lewis Hamilton sudah mengalah?

oleh Mohamad Hanif|
Lewis Hamilton tidak menaruh harapan untuk memenangi gelaran Formula Satu (F1) musim ini selepas mengharungi perlumbaan terburuknya sepanjang kariernya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Juara dunia tujuh kali itu menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 di Grand Prix Emilia Romagna, Imola, satu pusingan di belakang pemenang Max Verstappen dan ketinggalan jauh di belakang rakan sepasukan Mercedes George Russel yang berada di tempat keempat.

Sergio Perez di tempat kedua untuk melengkapkan kemenangan satu dua Red Bull yang pertama selepas enam tahun, manakala pemandu Ferrari Charles Leclerc di tempat keenam selepas keretanya berpusing ketika berada di tempat ketiga dan perlumbaan berbaki sembilan pusingan.

Insiden itu membolehkan Lando Norris merampas tangga terakhir podium.

Kemenangan Verstappen merancakkan kembali persaingan kejuaraan musim ini dengan pemandu Belanda itu melonjak ke tangga kedua, 27 mata di belakang Leclerc.

Bagaimanapun bagi Hamilton, yang ketinggalan 58 mata di belakang pendahulu, harapannya untuk memecahkan rekod lapan kejuaraan pada tahun ini sudah berakhir.

"Ia amat sukar, tetapi saya tidak tahu apa yang hendak diperkatakan. Ia bukan perkara mudah. Sekurang-kurangnya George mengutip mata hari ini, jadi saya mohon maaf kerana tidak dapat melakukan perkara sama.

"Saya sudah terkeluar daripada persaingan kejuaraan, itu jelas sekali. Ia hujung minggu yang perlu dilupakan," kata Hamilton.

Sumber: Agensi melalui Berita Harian

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…
Berita Global
Kemalangan itu dipercayai berlaku di jalan terowong Penmaenbach yang terletak di Conwy, Wales di…
Berita Global
Biarpun bertukar pasukan, beliau tidak membatalkan tempahan untuk model edisi terhad Mercedes-AMG…