Setelah dua musim menggunakan liveri serba hitam, kali ini pasukan Mercedes kembali menggunakan tema Silver Arrow yang disusuli dengan elemen hijau Petronas serta merah Ineos.
Menurut Mile Elliot selaku Pengarah Teknikal pasukan tersebut menjelaskan, "perubahan dari segi casis sememangnya besar. Kami tidak pernah melihat perubahan sebesar itu sepanjang karier saya... jentera itu secara asasnya memiliki bentuk yang amat berbeza."
Jentera W13 juga akan turut menampilkan unit pacuan kuasa terbaharu yang dihasilkan oleh pasukan Mercedes-AMG High Performance Powertrains (HPP).
Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton bakal menggalas tugas untuk merampas kembali kedudukan teratas di dalam kategori pemandu setelah gagal berbuat demikian pada tahun lalu.
Beliau akan dibantu oleh George Russel yang berhijrah daripada pasukan Williams.
Russel sebelum ini pernah mempamerkan prestasi yang impresif di Bahrain 2020 biarpun bertindak sebagai pengganti kepada Lewis Hamilton yang tidak dapat beraksi akibat COVID-19.