Dalam satu kenyataan kepada The Edge, PETRONAS menjelaskan, "PETRONAS dan Mercedes telah menjadi rakan kerjasama sejak tahun 2010 dalam hubungan kolaboratif jangka panjang yang mampu memanfaatkan kedua-dua belah pihak.
"Tahun lalu, kami melanjutkan kerjasama untuk kitaran beberapa tahun, dan kami berbangga untuk meneruskan kerjasama ini.
Dalam pada itu, GPFans turut melaporkan wakil Mercedes mengeluarkan kenyataan yang serupa pada Isnin lalu.
Berdasarkan laporan terdahulu, laman Decalspotters melaporkan PETRONAS akan mengakhiri tajaan pasukan F1 Mercedes-AMG pada penghujung musim 2021.
Sumber: The Edge