Oleh sebab itu wujudnya projek F15 - projek penghasilan ventilator di mana F merujuk kepada huruf awalan kedua-dua firma manakala nombor satu dan lima pula merujuk kepada projek yang bermula dari sekeping kertas yang bersih kepada penghasilan prototaip berfungsi dalam masa hanya lima minggu sahaja.
Demi mengejar kos dan masa, alat ventilator yang dihasilkan menggunakan bahan sedia ada, di mana Scuderia Ferrari bertanggungjawab terhadap rekaan, manakala pihak IIT pula menyumbangkan bahan pembuatan dan perisian bagi mengawal peranti tersebut.
Setakat ini, Ferrari telah pun menghubungi beberapa buah syarikat di seluruh Itali, Mexico dan Amerika Syarikat bagi membantu mengedarkan ventilator tersebut kepada mereka yang memerlukan.