F150 Raptor bakal dapat enjin V8 supercharged?

oleh HEZERI SAMSURI|
Jika kelmarin Ram berkata ia akan meletakan enjin Hemi supercharged dari Hellcat ke dalam trak pikap Rebel TRX, hari ini Ford nampaknya menyahut cabaran baharu itu dengan sebuah enjin V8.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut laman web Car and Driver, sumber-sumber dalaman mereka memberitahu Ford sudah bercadang untuk menyumbat masuk enjin dari Mustang GT500 ke dalam trak pikap lagenda mereka, F150 Raptor.

Enjin 5.2-liter V8 supercharged itu mampu memuntahkan 700 hp dikatakan akan menjadi "upgrade" terakhir untuk model F150 generasi sekarang yang bakal digantikan dalam masa lagi dua tahun.

Transmisi 10-kelajuan automatik yang diguna-pakai sekarang (ia juga digunakan oleh Ford Ranger XLT Plus, Ranger Wildtrak dan Ranger Raptor yang dijual di Malaysia) masih mampu untuk mengawal tenaga dari enjin itu kerana ia juga dibina bersama GM/Chevrolet untuk Camaro ZL1.

Tradisi trak pikap sporti nampaknya akan diteruskan lagi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana Ford dengan baik hatinya melancarkan program pengalaman pemanduan yang menyeluruh dengan…
Berita Global
Transit Custom Nugget dilengkapi dengan pelbagai ciri kemudahan untuk menjadikannya teman percutian…
Berita Global
Nama Mustang GTD tu diambil bersempena dengan kelas perlumbaan IMSA GTD, di mana kebanyakan jentera…