Facelifted BYD Seal Bakal Debut di Malaysia pada 22 Ogos

oleh Qalif Latif|
BYD Malaysia mengesahkan bahawa model facelifted BYD Seal akan membuat kemunculan rasmi di Malaysia pada 22 Ogos 2025. Perkara itu diumumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi syarikat, dengan menyatakan sedan elektrik ini akan mula dipamerkan di bilik pameran BYD seluruh negara.

Seal Facelift

Tiga Varian Ditawarkan

Sama seperti versi pra-facelift, model baharu ini dijangka hadir dengan tiga varian utama iaitu Dynamic, Premium, dan Performance.

  • Dynamic: Dilengkapi motor tunggal di belakang dengan 136 PS dan 310 Nm.

  • Premium: Motor tunggal di belakang dengan kuasa lebih tinggi, 313 PS dan 360 Nm.

  • Performance: Konfigurasi dwi-motor AWD, menghasilkan 530 PS dan 670 Nm.

Bateri & Jarak Pemanduan

  • Varian Dynamic menggunakan bateri 61.44 kWh dengan jarak 460 km (WLTP).

  • Varian Premium dan Performance dibekalkan bateri lebih besar 82.56 kWh, dengan jarak 570 km (Premium) dan 520 km (Performance).

Dari segi pengecasan, varian asas menyokong pengecasan DC 110 kW (30% hingga 80% dalam 32 minit), manakala dua varian lebih tinggi menyokong sehingga 150 kW DC.

Naik Taraf Rekaan

Berdasarkan spesifikasi versi Singapura, Seal facelifted menerima beberapa peningkatan termasuk:

  • Rekaan rim aloi baharu,

  • Electric sunroof sunshade,

  • Kapasiti frunk 53 liter (berbanding 50 liter sebelum ini).

Harga Masih Misteri

BYD Malaysia masih berahsia soal harga. Sebagai rujukan, model semasa bermula sekitar RM163,000.00. Sama ada harga akan meningkat atau kekal kompetitif, segalanya akan terjawab pada hari pelancaran.

Model facelifted ini dijangka menjadi tumpuan kerana ia membawa gabungan reka bentuk segar, teknologi EV moden, dan pilihan varian yang fleksibel untuk pasaran Malaysia.

Sumber: Paultan.org


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Model ini menjadi kenderaan pertama BYD yang dinilai secara rasmi oleh ASEAN NCAP dan…
Berita Global
Bukan Sekadar Wagon Biasa Walaupun station wagon bukanlah pilihan popular di China berbanding SUV…
Berita Global
BYD Seal 06 EV dibina atas platform e-Platform 3.0 Evo, iaitu asas kepada kebanyakan model…