Fairlady X - crossover Z yang dihasilkan oleh pelajar kolej Nissan

oleh Mohamad Hanif|
Usah betulkan siaran TV/laptop/peranti pintar anda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV dengan lampu Z ini adalah produk sebenar yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar Nissan Gakuen (Nissan Automobile Technical College) di Jepun.
 

X


Digelar sebagai Fairlady X, crossover ini sebenarnya merupakan sebuah Nissan Murano sebelum diberikan elemen reka bentuk kereta sports pacuan roda belakang Nissan Z 2023.

Jelas ketara elemen Z adalah pemasangan unit lampu utama yang diikuti dengan jeriji, penambahan bampar hadapan, serta unit lampu belakang Nissan Z yang turut dipasang siap dengan spoiler ekor itik.
 

X


Kemasan yang sporti turut diberikan pada ruang kabin di mana Fairlady X ini dibekalkan dengan roda stereng berlogo Z dan tempat duduk sports.

Tidak dapat dipastikan sama ada crossover ini turut disumbatkan sekali dengan enjin V6 Nissan Z yang mampu menghasilkan 400 hp itu.

Difahamkan, hasil kerja pelajar Nissan Gakuen ini akan dipamerkan secara rasmi pada acara Tokyo Auto Salon (Januari) dan Osaka Auto Messe (Februari) tahun depan.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Mereka telah mengambil masa selama enam bulan untuk mencipta sistem tersebut dan membina…