Fakta mengenai La Ferrari di Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk peminat Ferrari, model La Ferrari ialah satu lambang prestasi maksimum untuk jenama Itali tersebut.

Projek F 150 ini ialah sebuah kereta sport hibrid yang dibina dalam jumlah yang terhad.

Dilancarkan dalam bulan Jun 2013, La Ferrari menggunakan enjin 6,262 cc (6.3-liter) V12 dengan kuasa kuda maksimum 789 hp dan daya kilas setinggi 700 Nm.

Ia dibantu dengan sistem Hy-KERS yang memberikan suntikan tenaga sebanyak 161 hp, menjadikan jumlah tenaga maksimum untuk La Ferrari kepada 950 hp dan 900 Nm.

Transmisi pula ialah 7-kelajuan jenis manual-automatik dengan klac berkembar.

 

 

Pada tahun 2016, Ferrari memperkenalkan varian istimewa La Ferrari Aperta (di atas) yang mempunyai bumbung boleh dibuka. 

Hanya 210 unit La Ferrari Aperta yang dihasilkan untuk seluruh dunia.

La Ferrari memang ada di Malaysia dan di bawah ialah fakta-fakta menarik yang kami pelajari mengenainya.

Malaysia ada empat!
Malaysia mempunyai dua La Ferrari (2016) dan dua lagi La Ferrari Aperta (2017).
Sebenarnya jumlah ini kecil kerana negara jiran kita, Indonesia mempunyai lebih dari 20 unit La Ferrari. 
Jangan ditanya di mana mereka mahu memandu La Ferrari mereka.

Satu La Ferrari dipandu
Satu dari empat unit La Ferrari di Malaysia itu memang dipandu oleh pemiliknya. 
Yang lain disimpan.

Servis di Malaysia?
Naza Italia, pengedar rasmi jenama Ferrari telah melabur jutaan RM untuk memastikan kenderaan-kenderaan Ferrari di sini mendapat penjagaan terbaik.
Untuk model La Ferrari, Naza Italia telah menghantar tiga pakar mereka untuk belajar cara-cara menjaga enjin hybrid La Ferrari.

Harga?
Semasa dilancarkan, La Ferrari berharga kurang dari RM7 juta sementara La Ferrari Aperta pula kurang dari RM10 juta.

Hendak beli satu?
Sayangnya, tiada lagi La Ferrari atau La Ferrari Aperta yang boleh ditempah.
Jika anda mahu, unit-unit terpakai boleh dicari tetapu sekarang harganya telah meningkat. 
Sebuah La Ferrari Aperta terpakai sekarang berharga lebih dari Euro 5 juta atau RM23.7 juta.

Amacam? Ada berani? Kerana itu Ferrari kekal sebagai jenama premium nombor satu dunia!

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…