Fakta Rawak: Bugatti Divo, 1500 hp, juruterbang dan pelumba kereta

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika Bugatti Veyron hadir dengan reka bentuk klasik, Divo pula membawa imej agresif kereta hiper dengan ciri aerodinamik yang begitu menyerlah.

Veyron terkenal dengan gayaan timeless dan elegan untuk 100 tahun lagi tetapi Divo sangat berbeza, reka bentuk depan yang agresif serta tajam dan bersirip pada sisi badan.

Ianya seperti Veyron yang dipakaikan komponen jet pejuang.

Reka bentuk moden untuk sebuah Bugatti bukan baharu, pada 1991 EB 110 GT diperkenal dan berada di pasaran sehingga 1995.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Bugatti Divo

 

Divo sekali lagi membawa sisi lain Bugatti dan jenama itu sememangnya luar biasa sejak dari dahulu lagi.

Divo juga membawakan beberapa pembaharuan untuk Bugatti dari segi aspek pembangunan dan kejuruteraan, berikut ialah fakta rawak yang kami bawakan:

 

1. Macam biasa, unit terhad, harga luar biasa

  • Pertama kali dipertontonkan pada Ogos 2018.
  • Jumlah pengeluaran 40 unit sahaja.
  • Unit pertama sudah siap dan tamatlah proses pembangunan hampir dua tahun.
  • Berapakah harganya? €5 juta atau bersamaan RM24.9 juta pada nilai tukaran semasa. 

 

Bugatti Divo

 

2. Albert Divo, juruterbang dan pelumba handal

  • Model sport hiper ini dinamakan sempena Albert Divo, juruterbang dari Perancis dan juga pelumba untuk Bugatti. 
  • Dalam tempoh 20 tahun, Albert Divo menempa banyak kejayaan termasuk memenangi enam perlumbaan Grand Prix dan dua Targa Florio (perlumbaan tahan lasak di jalan terbuka).

3. Enjin besar, empat turbo, pecutan 2.4 saat

  • Enjin W16 8.0 liter dengan empat turbo.
  • Transmisi klac berkembar lapan kelajuan.
  • Kuasa 1,479 hp dengan tork 1,600Nm.
  • Kelajuan dihadkan kepada 380 km/j.
  • Pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.4 saat.

 

Bugatti Divo

 

4. Dicipta dengan kaedah digital, guna cermin mata

  • Model Bugatti pertama yang dicipta menggunakan kaedah digital.
  • Pereka dan pembangun membuat penilaian menggunakan cermin mata VR. 
  • Model skala 1:1 diperbuat dari hard foam dan dengan itu perkadaran (proportion) dapat dinilai dari jarak 30 hingga 40 meter.

5. Lampu belakang 3D, bahagian yang dicetak menggunakan 3D

  • Lampu belakang tiga dimensi Divo unik dan kompleks.
  • Lampu tersebut merangkumi gril belakang yang dihasilkan dengan berdasarkan prosedur termasuk pencetakan 3D.
  • Sirip juga unik, ada 44 bilah yang membentuk lampu belakang.

 

Bugatti Divo

 

6. Ciri aerodinamik, sejukkan brek

  • Seperti kelaziman, ciri aerodinamik dibuat dengan fungsi tersendiri.
  • Bonet dengan liang kemasukan udara yang mengurangkan permukaan depan dan memperbaiki aliran udara.
  • Aero Curtain yang dioptimumkan untuk memperbaiki prestasi aerodinamik pada bahagian depan dan sisi kereta.
  • Spoiler depan menghasilkan daya ke bawah (downforce) dan mengalirkan lebih udara ke bahagian kemasukan udara depan.
  • Empat sumber udara bebas pada sisi kereta menyejukkan brek.
  • Spoiler belakang dengan ukuran 1.83 meter lebar dan mengurangkan gelora (turbulence) angin.

 

Bugatti Divo

 

Model sport hiper Divo membuka banyak lembaran baharu untuk Bugatti dan memandangkan ia sudah memasuki proses pemasangan dan penyerahan kepada pelanggan, apa pula yang bakal dibangunkan oleh syarikat dari Perancis ini? 

Untuk mencapai ke tahap ini sememangnya satu masa yang panjang, dari Veyron pada 2005, Bugatti menyemai kembali kemasyhurannya.  

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sewaktu dilancar pada 1924, Type 35 hadir dengan pelbagai inovasi teknikal yang telah…
Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
  Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok…