Farnova Othello - sebuah lagi hypercar EV kelahiran Tanah Besar China, 1,810 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi menjawab persoalan pembaca, ya ini merupakan kali pertama penulis mendengar jenama automotif dari China, iaitu Farnova Automotive namun syarikat ini telah pun ditubuhkan sejak tahun 2019 lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Farnova Othello merupakan sebuah hypercar berkuasa elektrik dengan sasaran produksi sebanyak 200 unit bermula tahun depan, dengan harga jualan bermula dari 1.86 juta yuan (RM1.2 juta).

Dari segi spesifikasi, Othello dibangunkan menggunakan casis kereta sport Qiantu K50, sebuah model kenderaan yang dibangunkan oleh sebuah lagi syarikat automotif China yang menjalin kerjasama dengan Farnova Automotive.
 

EV


Meskipun dalam bentuk prototaip, Farnova Othello menawarkan konfigurasi motor elektrik berkembar yang mampu menghasilkan 1,810 hp dan daya kilas 12,000 Nm.

Pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 1.8 saat, sementara 0-300 km/j pula dalam masa 8.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 420 km/j.

Pek bateri pula disumberkan daripada syarikat Sweden Northvolt, dengan kapasiti 75 kWh dan mampu menawarkan jarak operasi sekitar 600 km untuk sekali cas penuh.
 

EV


Menurut laporan daripada Car News China, hypercar ini membawakan ukuran sepanjang 4,670 mm, lebar 2,080 mm dan tinggi 1,145 mm dengan berat sekitar 1,350 kg sahaja.

Model prototaip ini membawakan ciri seperti bukaan pintu gullwing, serta ciri aerodinamik aktif yang merangkumi spoiler belakang yang boleh disimpan, serta brek aero yang terdapat pada bahagian bumbung.

Selain daripada menghasilkan hypercar Othello, Farnova turut mempunyai perancangan meluas di dalam bidang automotif termasuk melancarkan produk bas elektrik hasil rekaan bekas ketua pereka Lamborghini, SUV elektrik, crossover dan juga sedan bermula tahun 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kerjasama Silk-FAW ini akan dimulakan dengan pengenalan model hypercar mewah Hongqi S9 yang akan…