Fasiliti pembaikan badan Volvo Certified Damage Repair Centre dibuka di Glenmarie & Ara Damansara

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia baru-baru ini melancarkan fasiliti pembaikan badan dan cat berdedikasi menerusi pembukaan Volvo Certified Damage Repair Centre (VCDR) bertempat di Federal Auto Cars, Glenmarie dan Sime Darby Swedish Auto, Ara Damansara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Ketua Volvo Cars APEC, Nick Connor berkata, "kami amat gembira dapat menyaksikan pencapaian yang dikecapi oleh Volvo Car Malaysia buat masa ini. Bermula dari pelaksanaan strategi elektrifikasi global hinggalah berjaya habis menjual Volvo XC40 Recharge Pure Electric, kini kami melancarkan VCDR untuk merealisasikan visi kami dalam menawarkan standard tertinggi di dalam khidmat selepas jualan kepada pelanggan kami.

Ujarnya lagi, Malaysia merupakan negara kedua di rantau ini yang memperkenalkan fasiliti bertaraf premium VCDR.

Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata, "kami mahukan pelanggan kami membawa pulang sebuah Volvo dengan hati yang tenang, mengetahui bahawa kami sedia untuk menawarkan standard antarabangsa Volvo di dalam aspek penjagaan kenderaan mereka.
 

VCDR


Memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan pembaikan badan dan cat, VCDR mengintegrasikan penggunaan teknologi mampan seperti sistem ventilasi bertekanan rendah dengan kawalan automatik bagi mengurangkan emisi karbon dioksida.

Dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan tenaga, kebanyakan mesin akan menggunakan tenaga daripada bateri, dan lebih 80 peratus daripada udara akan disedut menerusi sistem penapisan yang akan mengurangkan penggunaan tenaga dan emisi gas rumah hijau.

Selain itu, penggunaan bahan Volatile Organic Compounds (VOC) di dalam cat telah digantikan dengan cat berasaskan air, sekaligus mengurangkan pendedahan bahan kimia berbahaya kepada pekerja.

Dilengkapi dengan teknologi terkini serta juruteknik terlatih, kedua-dua fasiliti Federal Auto Cars dan Sime Darby Motors Centralised Body & Paint Centre merupakan dua pusat servis Volvo yang pertama di Malaysia yang mematuhi standard VCDR.

Dengan keluasan sekitar 11,133 kaki persegi, setiap satu fasiliti ini mampu menampung jumlah kenderaan sehingga 1,260 unit setiap tahun.

Maklumat lanjut berkenaan Volvo Certified Damage Repair Centre ini boleh didapati menerusi talian 03-7632 3200 (Volvo Ara Damansara) atau 016-248 0878 (Volvo Glenmarie).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…