Fasiliti produksi Rimac terbaharu bakal mempunyai litar drift tersendiri!

oleh Mohamad Hanif|
Rimac bakal memiliki sebuah fasiliti (atau lebih mesra digelar sebagai kampus) yang lengkap dengan kemudahan untuk proses pemasangan hypercar dan 'sudut wajib untuk drift'!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kampus yang bakal dibina oleh Rimac ini bakal memiliki keluasan sekitar 70,000 meter persegi yang akan memuatkan kesemua 2,500 orang pekerja Rimac, di mana ia kakan menempatkan kilang pemasangan kenderaan, serta ruang untuk pembangunan bateri dan motor elektrik.

Malah, Rimac yang mempunyai hubungan dengan Porsche itu turut akan menggunakan fasiliti yang sama untuk memasang kenderaan-kenderaan daripada jenama lain.

 


Terletak kira-kira 16 km daripada ibu negara Croatioa, Rimac tidak mahu menjadikan fasiliti baharu itu mempunyai suasana seperti sebuah kawasan perindustrian, atau bandar.

Menurut Mate Rimac, beliau mahukan suasana yang lebih menenangkan minda, seperti menempatkan ladang ternakan kambing dan lembu, restoran di bahagian tengah fasiliti, serta tidak ketinggalan sebuah sudut wajib yang boleh menempatkan litar drift.

Kisah penuh Mate Rimac boleh dinikmati menerusi video di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Usaha beliau menarik perhatian syarikat besar dengan Porsche mengumumkan pemilikan pegangan…