Fattah Amin - Duta Toyota C-HR

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan pelantikan Fattah Amin, pelakon dan selebriti di Malaysia, sebagai duta bagi SUV crossover kompak Toyota C-HR. Ini sekali gus merupakan lanjutan kerjasama antara beliau dan UMWT selepas penglibatannya di dalam Toyota Gazoo Racing (TGR) musim pertama sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Ramai yang pernah menyaksikan penampilan Fattah Amin di dalam iklan Toyota C-HR semasa pelancaran awal tahun ini. Kini, melalui kerjasama terbaru dengan beliau sebagai duta model SUV crossover kompak berkenaan, kami ingin memanfaatkan pengaruhnya yang luas dalam kalangan peminat dan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran terhadap model ini serta jenama Toyota secara umumnya," ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

 

"Saya sangat gembira untuk melanjutkan kerjasama dengan Toyota selepas terlibat sama di dalam perlumbaan Vios Challenge musim pertama yang merupakan sebahagian daripada Festival Perlumbaan TGR tahun lalu. Pengalaman memandu Toyota Vios di dalam litar perlumbaan memberikan saya sudut pandang baru terhadap kemampuan dinamik dan sporty kenderaan Toyota," jelas Fattah.

 

Berkenaan Toyota C-HR, ini pandangan beliau; "Ini tentunya sebuah kenderaan dengan karektor yang kuat, dan saya sangat gemarkan penampilan serta gayanya yang sporty. Malah, kesegaran rekaan yang ditunjukkan juga sangat belainan berbanding pesaing-pesaingnya. Rakan serta peminat-peminat saya juga sangat kagum dengan imej model ini."

 


Dijual pada harga RM150,000 (dengan SST, tanpa insurans, bagi pendaftaran persendirian di Semenanjung), C-HR menjadi antara model paling laris di Malaysia sejak dilancarkan pada Mac lalu. C-HR dibangun menggunakan platform baru dikenali sebagai Toyota New Global Architecture (TNGA) yang mengubah struktur rekaan kenderaan dengan memberi keutamaan kepada sistem janaan dan menyediakan aspek pemanduan terbaik.
 

 

Seperti kebanyakan model-model Toyota yang diedarkan oleh UMWT, C-HR turut menikmati jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan.

 

Toyota juga sedang menjalankan kempen "All About The Drive Bonanza" hingga 31 Disember 2018. Setiap pelanggan yang hadir untuk sesi pandu uji mana-mana model Toyota di bilik pameran seluruh negara akan layak menerima hadiah cenderahati Toyota serta peluang untuk memenangi produk premium serta pakej percutian. Pelanggan yang membeli kenderaan baru Toyota sebelum hujung tahun ini pula akan berpeluang memenangi MPV kompak Toyota Sienta (tertakluk kepada terma dan syarat).

 

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan C-HR dan promosi berterusan "All About The Drive Bonanza" di mana-mana cawangan Toyota seluruh Malaysia atau layari www.toyota.com.my.
 

Sesi pandu uji Careta bersama Toyota C-HR, sila baca di: https://careta.my/article/toyota-c-hr-khusus-untuk-geng-glamour

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…