FENOMENA SUPERMOPED TARIK 5,000 PEMINAT KAPCAI

oleh Penyumbang Rencana 2|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

PENGANJURAN perhimpunan Fenomena SuperMoped 2020 telah berjaya menarik penyertaan 5,000 orang penunggang dan pembonceng motosikal kapcai dari seluruh Malaysia.

Program yang menghimpunankan motosikal kapcai berkapasiti 135 ke 185 cc di bawah satu bumbung di RTC, Gopeng, Perak ini berjaya mengumpulkan kira-kira 2,500 buah motosikal.

kelihatan peserta telah memenuhi ruang legar RTC Gopeng termasuklah diluar

Menurut Pengerusi Retro Street, Ahmad Fuad Harun berkata, nama Fenomena SuperMoped dipilih ekoran kuasa enjin motosikal kapcai yang lebih tinggi menjadi fenomena dan trend dalam kalangan peminat kapcai ketika ini.

“Tahun lepas kita buat pengajuran yang sama dengan nama Perhimpunan Super Moped 2019. Masa ini hanya lebih kurang 1,000 motosikal sahaja yang hadir.

Fuad Ipoh turut bercadang menyambung acara Fenomena Supermoped Vol.2 tahun hadapan

“Alhamdulillah nampaknya tahun ini lebih mendapat sambutan. Lebih ramai yang hadir dan kami berkumpul meraikan komuniti peminat motosikal kapcai seluruh negara,” katanya kepada Careta.

Ujar Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Fuad Ipoh, selain menghimpunkan peminat motosikal kapcai, program tersebut juga bertujuan mendidik kumpulan peminat motosikal terbabit untuk menjauhi budaya merempit.

“Memang kita tahu masyarakat sering kaitkan penunggang motosikal kapcai dengan budaya merempit. Jadi kami selaku penganjur ingin mengubah persepsi tersebut, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tetapi juga penunggang motosikal kapcai.

“Kami mahu penunggang motosikal kapcai dengan pemikiran baru. Mengubah atau modifikasi motosikal untuk ke perhimpunan motosikal dan bertanding merebut gelaran terbaik atau tercantik, bukannya merempit,” katanya kepada Careta.

pertandingan motosikal cantik

Menurut beliau, perhimpunan Fenomena Super Moped 2020 yang diadakan bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang pada masa yang sama menyediakan pelbagai aktiviti kepada mereka yang hadir.

Bermula dengan persembahan qasidah dari anak-anak tahfiz Maahad Tahfiz Parit, aktiviti dirancakkan dengan persembahan dikir barat Perak yang dilengkapi dengan iringan gong dan serunai.

sessi pemanduan berhemah oleh Wazi Abd Hamid

Selain itu, turut diadakan demonstrasi serta penerangan cara penunggangan yang betul daripada legenda sukan permotoran negara, Wazi Abdul Hamid, acara motosikal berhias, pertandingan ekzos bunyi terkuat dan pameran motosikal.

Perhimpunan ini juga dimeriahkan dengan persembahan ular, jualan aksesori dan barangan alat ganti motosikal daripada 28 vendor serta jualan makanan di 12 gerai makan.

Artikel oleh: Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar