Feri Langkawi - tambah operasi bermula 4.30 pagi penuhi permintaan penumpang

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Feri penumpang dikendalikan Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line) akan memulakan operasinya seawal jam 4.30 pagi pada Isnin ini bagi memenuhi permintaan penumpang.


Pengurus Sumber Manusia dan Operasinya, Kapten Dr Baharin Baharom, berkata Jabatan Laut Malaysia membenarkan pihaknya beroperasi pada awal pagi itu bagi laluan Langkawi-Kuala Perlis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, pihaknya memohon menyediakan tiga feri tambahan pada tarikh berkenaan selepas sekumpulan 750 pelancong tempatan yang masuk ke Langkawi berdepan masalah untuk pulang kerana tempahan tiket feri sudah penuh.

 

"Feri tambahan pertama bakal berlepas dari Jeti Kuah pada jam 4.30 pagi, diikuti seterusnya pada jam 5.30 dan jam 6.30 pagi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini (Khamis).

 

Baharin berkata, penumpang feri dinasihatkan tiba awal di terminal feri penumpang di Jeti Kuah bagi tujuan pemeriksaan kastam sebelum menaiki feri.

 

Katanya, feri tambahan turut disediakan pada tarikh sama bagi perjalanan pengunjung dari Kuala Perlis ke Langkawi iaitu bermula jam 6.30 pagi, diikuti jam 7.30 dan jam 8.30 pagi.

 

"Operasi feri tambahan ini sebagai langkah prihatin syarikat dan sokongan kepada trip perjalanan sedia ada yang sudah penuh ditempah orang ramai menerusi pembelian tiket di kaunter dan secara dalam talian.

 

"Sebelum ini feri penumpang pernah beroperasi waktu malam, tetapi (sekarang) tidak dibenarkan dan kita cuba pula pada awal pagi sebagai satu catatan sejarah baharu," katanya.

 

Sementara itu, mengulas rungutan pelbagai pihak mengenai kekurangan perjalanan feri ke Langkawi menjelang cuti persekolahan bermula esok, beliau berkata, pihaknya berusaha memenuhi permintaan penumpang.

 

"Bermula hari ini (Khamis), kita beroperasi sebanyak 20 trip perjalanan sehari membabitkan laluan Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Langkawi dengan purata lima trip sehala bagi setiap laluan.

 

"Jadi sepanjang cuti persekolahan bermula esok, sekurang-kurangnya 8,000 pelancong sehari memasuki Langkawi menerusi perjalanan feri untuk bercuti," katanya.

 

Beliau berkata, kekurangan perjalanan feri pada tarikh tertentu tidak dapat dielakkan kerana faktor air laut cetek akibat lumpur di Kuala Perlis, sekali gus menyukarkan feri berlabuh.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagaimanapun, beliau memaklumkan, isu membabitkan perkhidmatan feri berada di bawah bidang tugas…
Berita Domestik
  Dalam satu pautan Facebook Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang dikongsikan syarikat berkenaan, Sani…
Informasi
  “Pihak pengurusan feri mengambil inisiatif membantu kerajaan untuk memudahkan orang ramai pulang…