Feri percuma pada 20 Oktober sempena Deepavali

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengumumkan perkhidmatan feri percuma kepada warganegara Malaysia sempena perayaan Deepavali 20 Oktober ini.

Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin, berkata tambang percuma itu membabitkan perjalanan kedua-dua arah dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di Georgetown dan sebaliknya, mengikut jadual perkhidmatan sedia ada.

"Penumpang hanya perlu menunjukkan MyKad atau MyKid semasa berurusan di terminal feri bagi melayakkan mereka menikmati perjalanan percuma," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Ia sebagai tanda sokongan terhadap pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya…
Informasi
Menurutnya, SPPP dan PPSB sentiasa komited dalam mengambil pelbagai langkah untuk memastikan…
Berita Domestik
Kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung lebih kurang 35 peratus daripada kos…