Ferrari 296 GTS - convertible V6 hibrid berkuasa 819 hp

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari 296 GTS merupakan salah satu daripada dua model baharu yang dirancang Ferrari untuk tahun ini, di mana dalam masa beberapa bulan lagi model SUV pertama jenama itu akan muncul di persada dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Lupakan seketika SUV Ferrari, kembali ke Ferrari 296 GTS.

Seperti yang anda jangkakan, ia sebenarnya merupakan kembar kepada model 296 GTB dengan perbezaan yang ketara hanyalah ketiadaan struktur bumbung pada model GTS ini.
 

GTS


Ferrari menggunakan rekaan bumbung retractable hard top - tetapan yang sama digunakan pada model Ferrari SF90 Spider di mana ia memerlukan masa kira-kira 14 saat untuk dibuka atau ditutup (pada kelajuan 45 km/j), dan boleh disimpan dengan rapi pada bahagian belakang.

Selain itu, skrin belakang juga boleh dilaras bagi memastikan ruang kabin kekal selesa biarpun dalam keadaan bumbung yang terbuka.
 

296


Biarpun dengan 'pembuangan' struktur bumbung, para jurutera Ferrari tetap memastikan tahap ketegaran casis dipertingkatkan, dan usah risau kerana berat 296 GTS ini hanyalah 70 kg lebih berat berbanding model coupe 296 GTB.

Ferrari 296 GTS masih mengekalkan enjin V6 hibrid 2.9 liter yang sama seperti model 296 GTB, dengan kuasa output 819 hp dan daya kilas 740 Nm yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.9 saat, dan 0-200 km/j dalam masa 7.6 saat.
 

296


Kelajuan maksimum adalah sekitar 330 km/j, atau 135 km/j dengan menggunakan mod pemanduan elektrik semata-mata dengan jarak sifar emisi sejauh 25 km.

Ferrari 296 GTS juga boleh dimuatkan dengan pakej Asetto Fiorano di mana ia merangkumi penyerap hentak boleh laras Multimatic, penggunaan bahan ringan gentian karbon yang meluas, serta tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ferrari telah memanggil semula model terlibat kerana ia mendapati bahawa kemungkinan kebocoran…
Pelancaran
Secara asasnya, Ferrari 296 GTS membawakan spesifikasi yang hampir sama dengan model 296 GTB, di…