Ferrari 499P - penyertaan semula Ferrari dalam perlumbaan endurans

oleh Mohamad Hanif|
Untuk pertama kalinya dalam tempoh 50 tahun, Ferrari bakal 'bertempur' semula di dalam acara perlumbaan ketahanan FIA World Endurance Championship.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera lumba Ferrari 499P itu bakal memberikan saingan sengit di dalam kelas Le Mans Hypercar, dan dijangka membuat kemunculan pertama pada perlumbaan 1000 batu di Sebring pada Mac 2023.
 

499


Ferrari menggunakan pendekatan tradisional dalam mereka bentuk jentera lumba ini, dengan menampilkan aspek aerodinamik yang paling agresif, seperti rekaan sayap belakang yang besar, sirip tengah, rekaan arka roda depan terbuka serta sistem kemasukan udara pada bahagian bumbung.

Nadi penggerak casis monocoque gentian karbon ini ialah enjin 3.0 liter turbo berkembar bentangan V6 yang dibantu dengan motor elektrik gandar depan berkuasa 268 hp, serta pek bateri 900 voltan.
 

499


Ia juga turut menampilkan sistem pemulihan tenaga yang akan mengecas kembali bateri sewaktu fasa nyahpecutan dan brek dibuat.

Mengikut regulasi, output daripada gandingan motor elektrik dan enjin itu tidak seharusnya melebihi 680 hp.

Selain Ferrari, kelas Hypercar bakal disertai oleh pengeluar seperti Peugeot, Cadillac, Toyota dan Porsche, sementara Alpine dan Lamborghini bakal memberikan saingan bermula tahun 2024.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di antara pengubahsuaian pada 499P Modificata ialah gandar depan elektrik yang boleh diaktifkan…
Berita Global
Pemandu yang dipilih dijangka untuk membawa Ferrari kembali ke kelas teratas kejohanan dunia…