Ferrari 812 Competizione, Competizione A - jentera V12 jalanan Ferrari paling berkuasa!

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari 812 Competizione, dan kembar targa-nya, 812 Competizione A.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan nama rasmi kepada model baharu 812 yang masih lagi menampilkan enjin bentangan V12 aspirasi natural (NA).

Enjin V12 tersebut kini berupaya menghasilkan 818 kuasa kuda (berbanding 789 hp pada model Superfast), manakala daya kilas pula dikurangkan daripada 717 Nm kepada 695 Nm.

Sistem transmisi pula adalah jenis automatik dua klac tujuh nisbah kelajuan, dibantu dengan perisian baharu yang mengurangkan masa penukaran sehingga lima peratus walaupun mengekalkan nisbah gear yang sama pada model 812 Superfast.

 


Disebabkan itu, pecutan 812 Competizione adalah sekitar 2.85 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 340 km/j.

Dalam pada itu, Ferrari turut menambahbaik beberapa komponen enjin, seperti penggunaan rod penyambung titanium yang lebih ringan 40 peratus, aco engkol yang lebih ringan, serta salutan karbon seakan berlian pada aci sesondol dan pin omboh bagi mengurangkan kesan geseran selain menjadikannya lebih tahan lasak.

Sistem ekzos baharu pula menampilkan tip berbentuk segi empat bagi memastikan ruang diffuser yang lebih maksimum, dan ia membolehkan enjin V12 mengaum dengan lebih buas.

 


Aspek aerodinamik dipertingkatkan dengan spoiler hadapan dengan ciri sistem aero pasif yang akan dibuka pada kelajuan melebihi 250 km/j, diikuti dengan diffuser besar di belakang bagi memaksimumkan daya turun pada gandar belakang.

Ia juga dibantu dengan pemasangan skrin belakang serba baharu yang tertutup, dan menampilkan elemen yang bertindak seakan vortex generator di mana Ferrari menjamin penambahan sebanyak 10 peratus kepada daya turun jika dibandingkan dengan model Superfast.

Berdasarkan kepada penggunaan bahan yang lebih ringan pada trenkuasa dan casis, Ferrari berjaya mengurangkan berat 812 Competizione ini sebanyak 38 kg berbanding model 812 Superfast.

 


Untuk memastikan Ferrari 812 Competizione dan Competizione A ini bergerak pantas tanpa menyebabkan pemandu bersilat, ia dilengkapi dengan set rim gentian karbon yang dibaluti tayar Michelin Cup 2 R, sistem stereng roda belakang bebas, serta perisian terkini Side Slip Control versi 7.0.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sukar untuk anda mendapatkan model asal Competizione (termasuklah model convertible Competizione A…
Berita Global
Walaupun boleh dikatakan sebagai salah seorang pelumba yang berjaya, sepanjang karier Formula 1,…