Ferrari? Bukan, ia sebuah Toyota GR86 dengan kit badan lebar daripada Arta Mechanics

oleh Mohamad Hanif|
Sejak pengenalan Toyota GR86 ke pasaran global, sudah banyak syarikat dan pihak ketiga yang mula menawarkan pakej kit badan untuk dipadankan pada kereta sports 'murah' itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pelbagai pilihan yang boleh anda cuba, asalkan sesuai dan kena dengan kedalaman poket masing-masing. Jangan sampai kena tidur luar sudah!
 

Arta


Bagi mereka yang mahukan keunikan tersendiri, boleh cuba dapatkan kit badan daripada Arta Mechanics, seperti yang diperlihatkan di Tokyo Auto Salon baru-baru ini.

Kit badan Vigale ini cuba untuk mengubah sebuah Toyota GR86 menjadi sebuah Ferrari mampu milik, dengan kehadiran empat lampu bulat di bahagian belakang, fender hadapan yang lebih lebar dan berliang, garis bahu yang lebih agresif sebelum diakhiri dengan spoiler ekor itik yang lebih menonjol dan diffuser yang menempatkan empat tip ekzos.
 

Arta


Unit lampu hadapan GR86 masih lagi dikekalkan, cuma bampar depan telah diberikan penampilan yang lebih garang berbanding unit standard.

Untuk ruang kabin pula, Arta Mechanics telah memasang set tempat duduk Bride Stradia III yang dibaluti kulit dan Alcantara.
 

Vigale


Kit badan Vigale ini asalnya dihasilkan untuk salah seorang pelanggan mereka di Jepun, namun Arta Mechanics dilapor akan mendirikan pusat pameran bagi memudahkan pemilik GR86 melihat dan membeli kit badan ini secara rasmi kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara sulung TAS Kuala Lumpur 2023 bakal menampilkan penala-penala (tuner) terkenal Jepun seperti…
Berita Global
Baru-baru ini, syarikat penala dari Jepun iaitu Gibson telah menghasilkan satu lagi kit badan untuk…
Berita Global
Nama Megane yang terkini dilihat telah digunakan pada sebuah SUV EV, walaubagaimanapun RS tetap…