Ferrari daftar paten sistem bunyi ekzos sebenar untuk EV

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Ferrari sangat terkenal dengan barisan supercar dan bunyi bising yang sangat ikonik itu dan sama seperti pengeluar lain, jenama Prancing Horse itu juga tidak dapat lari daripada peralihan kepada kenderaan elektrik.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Jadi, bagaimana jika Ferrari mahu mengekalkan identiti ikonik supercar mereka dalam era kenderaan elektrik kelak?
 

ferrari


Jawapannya ada pada pendaftaran paten yang dikesan oleh Carbuzz, di mana ia merujuk kepada 'kenderaan produksi jalanan yang dilengkapi dengan peranti penghasilan bunyi yang boleh dikaitkan dengan motor elektrik'.

Tidak seperti Iconic Sounds yang dihasilkan oleh Hans Zimmer untuk BMW, Ferrari mahukan penghasilan bunyi yang lebih sejati untuk kenderaan elektrik mereka.
 

ferrari


Secara asasnya, Ferrari mahu mengekstrak bunyi sebenar daripada motor elektrik dan pelbagai komponen trenkuasa seperti transmisi, pembeza gelincir dan roda.

Sistem kawalan motor elektrik akan menambah satu arus yang digelar sebagai 'sonority current' pada frekuensi yang tidak akan mengganggu gugat operasi motor elektrik.

Arus bunyi ini adalah berubah-ubah, bermakna pelbagai jenis frekuensi yang harmoni mampu dicipta berdasarkan tahap kelajuan putaran motor elektrik, sebelum digandakan oleh resonator bagi menghasilkan bunyi bising trenkuasa yang tulen.
 

ferrari


Menurut Ferrari, kereta-kereta berprestasi tinggi memerlukan sistem bunyi tersendiri yang menjadi sebahagian daripada pengalaman pemanduan yang memuaskan.

Malah dengan sistem bunyi itu tadi, ia membenarkan pemandu untuk mendapatkan maklum balas segera berdasarkan keadaan kenderaan semasa, sekaligus mendorong mereka untuk mengubah parameter tertentu untuk mencapai prestasi yang diinginkan.

Sistem yang dibangunkan oleh Ferrari ini boleh dikatakan hampir sama dengan sistem 'ekzos' Fratzonic pada Charger Daytona SRT EV Concept, di mana bunyi bising akan terhasil menerusi amplifier apabila sistem penderia mengesan perubahan dari segi kelajuan.

Sumber: CarBuzz

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan imej paten yang ditemukan oleh CarBuzz, BMW dilapor mendaftarkan paten yang…
Berita Global
Selari dengan arus perdana di mana permintaan terhadap SUV semakin meningkat, Aurus kini…
Berita Global
Kebanyakan daripada paten yang dianugerahkan itu merangkumi penyelidikan dalam bidang kajian bateri…