Ferrari dedah imej awalan 812 Superfast edisi terhad, kemunculan rasmi 5 Mei ini

oleh Mohamad Hanif|
Tidak banyak pengeluar yang masih lagi kekal dengan penawaran nadi V12, dan salah satu daripadanya adalah Ferrari menerusi pengenalan model baharu 812 Superfast yang masih lagi tidak mempunyai nama rasmi pada ketika ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Difahamkan, ia hanya akan diumumkan menjelang pelancaran yang dijadualkan pada 5 Mei ini.

Seperti  yang disebutkan tadi, Ferrari 812 Superfast ini mengekalkan penggunaan nadi bentangan V12 aspirasi natural dengan angka output mencecah 818 kuasa kuda, dan keupayaan untuk mencapai putaran enjin setinggi 9,500 rpm menjadikan ia jentera jalanan Ferrari paling berkuasa pernah dihasilkan.

 


Ferrari turut memberikan tumpuan kepada naiktaraf pelbagai komponen enjin, seperti contoh mekanisme pemasaan injap, serta sistem ekzos dengan tip berbentuk empat segi yang menawarkan tahap prestasi yang tidak terkalahkan di dalam segmen V12.

Salah satu daripada penambahbaikan terhadap casis termasuklah melengkapkan sistem stereng bebas untuk keempat-empat roda bagi menjadikan respons stereng yang lebih baik, sekaligus menawarkan pengendalian yang lebih tangkas dan jitu terutama di selekoh.

Model baharu ini juga bakal menampilkan sistem kawalan dinamik kenderaan Side Slip Control versi terbaharu (7.0).

 


Tidak cukup dengan itu, model 812 baharu ini didatangkan dengan kerja badan serba baharu bagi memberikan manfaat aerodinamik yang lebih baik, hasil kerjasama dengan Ferrari Styling Center.

Dengan tujuan untuk membenarkan Ferrari 812 Superfast ini menjana daya turun maksimum, beberapa penambahbaikan dibuat seperti contoh liang kemasukan udara hadapan baharu, diffuser belakang yang besar, penggunaan aluminium bagi menggantikan skrin belakang serta penampilkan vortex generator pada bahagian tersebut.

 


Ferrari juga mendakwa model V12 baharu ini jauh lebih ringan berbanding model 812 Superfast standard terima kasih kepada penggunaan bahan ringan yang meluas seperti gentian karbon.

Di bahagian hadapan, hud enjin menampilkan bilah gentian karbon yang dipasang secara melintang, bertujuan untuk mengubah persepsi umum terhadap saiz asal model baharu ini supaya tampak lebih pendek dan lebar.

 


Ruang kabin tidak banyak menampakkan perubahan, kecuali panel pintu yang telah direka semula untuk pengurangan berat badan dan ciri pemilihan gear H-gate yang sebelum ini diperlihatkan pada model Roma.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…