Ferrari EV Kelihatan Pelik Dengan Panel Badan Palsu

oleh Qalif Latif|
Ferrari kini sedang giat menguji model elektrik pertamanya, tetapi apa yang menarik perhatian bukanlah reka bentuk sebenar kereta itu, sebaliknya bagaimana Maranello cuba menyembunyikannya.

Ferrari

Badan Asli Disorok Lapisan Camouflage Tebal

Sebelum ini, Ferrari menggunakan mule berasaskan Maserati Levante untuk menguji teknologi EV mereka. Kini, panel badan Maserati itu sudah digantikan dengan camouflage tebal yang tampak pelik dan blocky. Foto intipan terbaru di Itali menunjukkan prototaip hampir siap produksi ini cuba menyembunyikan garis badan sebenar dengan panel palsu yang berlapis. Dari sisi, ia sedikit mengingatkan model one-off Ferrari 250 GT SWB Breadvan era 1960-an, walaupun jelas kereta produksi nanti tidak akan kelihatan sebegitu.

Ferrari

Bentuk sebenar kereta ini dijangka lebih kecil berbanding apa yang digambarkan, namun wiper hadapan yang besar menunjukkan saiznya bukanlah terlalu kompak. Menariknya, terdapat potongan camo pada bahagian pintu belakang, mirip Ferrari Purosangue dengan enjin V12. Sama ada ia akan mengekalkan pintu belakang jenis rear hinged masih belum dipastikan.

Reka Bentuk Masih Misteri

Ferrari benar-benar berhati-hati menyembunyikan rekaan EV ini. Bahagian belakang terutama sekali dilindungi panel tambahan palsu untuk mengelirukan pandangan. Cermin belakang yang condong menandakan bumbung sebenar mungkin lebih coupe like, sementara bahagian atas hanyalah decoy. Di fender hadapan pula, jelas kelihatan panel palsu yang sangat tebal menutup garisan sebenar badan.

Ferrari

Di bahagian depan, lampu siang DRL kelihatan lebih ke dalam, tetapi ini hanyalah helah camo. Ferrari mahu memastikan kereta elektrik ini tidak didedahkan terlalu awal. Tidak seperti mule Levante dahulu, ekzos palsu empat corong sudah dibuang, menandakan kereta ini semakin hampir ke bentuk produksi sebenar.

Pendedahan Bertahap

Ferrari menjadualkan pendedahan EV ini secara berperingkat. Pada 9 Oktober nanti, syarikat hanya akan memperkenalkan jantung teknologi kereta ini, sementara konsep dalaman akan dipertontonkan pada awal 2026. Debut penuh dijangka berlangsung pada musim bunga tahun hadapan.

Walaupun tanpa enjin pembakaran dalaman, Ferrari tetap mahu mengekalkan soundtrack ikonik mereka. Malah, mule Levante sebelum ini pernah dikesan menghasilkan bunyi enjin petrol simulasi, sebahagian daripada projek sound signatures yang pernah disebut oleh CEO Benedetto Vigna.

Harga, Produksi dan Harapan

Ferrari EV pertama ini sudah lama dinantikan. Ia diumumkan sejak 2019 oleh bekas CEO Louis Camilleri dengan sasaran pelancaran selepas pertengahan dekad ini. Penghantaran kepada pelanggan dijangka bermula hujung 2026. Walaupun harga rasmi belum diumumkan, laporan awal menyebut sekitar €500,000 atau kira-kira RM3.1 juta.

Ferrari juga menafikan khabar angin kononnya mereka menangguh projek EV kedua kerana tiada permintaan. Syarikat menjelaskan bahawa tiada model EV kedua pun yang pernah diumumkan secara rasmi.

Sementara itu, dunia masih menunggu, apakah Ferrari benar-benar mampu mengekalkan aura Prancing Horse apabila enjin ditiadakan?

Sumber: Derek Photography via Motor1


 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira jam 11 pagi di Kilometer 276 Lebuhraya Utara…
Berita Domestik
Beberapa rakaman video yang tular memaparkan sekumpulan individu berada di atas jalan, manakala…
Berita Global
Walaupun keseluruhan badan kenderaan dilitupi penyamaran, perubahan utama jelas tertumpu pada…