Ferrari KC23 - model one-off guna asas 488 GT3 Evo

oleh Mohamad Hanif|
Divisyen Special Projects Ferrari baru-baru ini mendedahkan sebuah lagi model binaan sekali (one-off) yang dihasilkan untuk pengumpul sejati jenama itu, dinamakan sebagai KC23.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan asas daripada jentera lumba 488 GT3 Evo, KC23 membawakan garis badan dan rekaan yang agak berbeza berbanding model penderma, serta model-model jalanan Ferrari sedia ada.
 

KC23


Hampir setiap aspek pada 488 GT3 Evo telah diubah termasuklah pada bahagian tingkap kaca dan gugusan lampu utama, diikuti dengan penampilkan pintu bukaan rama-rama, sayap belakang yang besar, serta liang udara bermotor.

Bahagian belakang pula mengambil inspirasi daripada model konsep Ferrari Vision Gran Turismo.
 

kc23


Sayap belakang itu tadi boleh ditanggalkan, menjadikan rekaan luaran KC23 ini lebih bersih dan elegan sewaktu dipandu atas jalan raya selepas habis sesi pemanduan di litar.

Ferrari membawakan dua set rim untuk dipadankan pada KC23, iaitu rim khas untuk kegunaan litar bersaiz 18 inci dengan balutan tayar slick, atau sepasang rim bersaiz 21 dan 22 inci untuk kegunaan pameran.
 

kc23


Ruang kabin KC23 pula membawakan struktur sangkar keselamatan lengkap, roda stereng stail yoke, kluster instrumen digital penuh, serta konsol tengah yang dipenuhi dengan butang fungsi.

Tempat duduk jenis bucket pula dibaluti bahan Alcantara.

Dari segi kuasa, Ferrari KC23 ini berkemungkinan besar mengekalkan nadi V8 3.9 liter turbo dengan hamburan kuasa 661 hp yang sama seperti model jalanan 488 GTB.
 

KC23


Ferrari KC23 akan dipamerkan kepada umum pada acara Goodwood Festival of Speed (13-16 Julai), dan di Muzium Ferrari Maranello antara 1 Ogos hingga 2 Oktober kelak.

Adakah ini bayangan rekaan supercar masa hadapan Ferrari?