Ferrari mahu saman selebriti internet atas gambar Instagram

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama ialah sesuatu yang sangat berharga untuk sesetengah syarikat, malah ia jauh lebih berharga dari produknya sendiri.

Jenama kenderaan terkuat dunia, Ferrari telah menyaman seorang selebriti internet kerana syarikat supercar Itali itu berpendapat gambar-gambar yang dipaparkan oleh selebriti itu memburukan imej Ferrari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Philipp Plein telah memaparkan beberapa gambar di Instagram beliau yang menunjukan beberapa wanita berpakaian renang sedang melakukan aksi ghairah di atas sebuah Ferrari

Gambar lain pula menampakan Plein meletak barisan kasut-kasutnya di atas sebuah Ferrari 812 Superfast, milik Plein sendiri.

Syarikat guaman yang mewakili Ferrari menghantar surat untuk meminta Plein menurunkan gambar-gambar tersebut dalam tempoh 48 jam atas alasan imej-imej tersebut "tidak sesuai" dengan jenama Ferrari.

Sebenarnya, isu ini bukan baharu. Di Malaysia juga ada syarikat kenderaan yang melarang penggunaan gambar-gambar wanita seksi dengan produk mereka.

Setiap jenama mempunyai imej mereka yang tersendiri dan tidak semua mahukan imej dengan wanita seksi kerana menganggap ia satu publisiti murahan. 

Apa pendapat anda?

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…