Ferrari Purosangue - crossover keluarga dengan nadi V12 6.5 liter, 715 hp, 716 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama, Ferrari kini secara rasmi menawarkan sebuah crossover keluarga lima pintu yang digelar sebagai Purosangue, dengan penggayaan rekaan moden sebuah Prancing Horse dan tidak ketinggalan nadi V12 yang menjadi identiti sebuah Ferrari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan adanya Purosangue, ia bakal memberikan saingan sengit kepada model-model SUV mewah di dalam pasaran, seperti contoh Aston Martin DBX, Bentley Bentayga, Lamborghini Urus dan Rolls-Royce Cullinan.
 

Purosangue


Dari segi luaran, ia membawakan rekaan crossover (bukan SUV) yang membolehkannya direka dengan lebih anggun, titik graviti yang lebih rendah, serta bukaan pintu belakang seperti sebuah Rolls-Royce.

Dengan menggunakan casis aluminium, Ferrari Purosangue membawakan ukuran sepanjang 4,973 mm, lebar 2,028 mm, tinggi 1,589 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,018 mm dengan nisbah pembahagian berat depan dan belakang 49:51.
 

Purosangue


Dengan tahap ketinggian yang tidak seperti SUV lain dalam pasaran, ia sedikit sebanyak menawarkan tahap pengendalian yang lebih baik dibantu dengan struktur panel bumbung daripada gentian.

Selain membawakan rujukan elemen rekaan daripada model Ferrari sedia ada, Purosangue turut menampilkan trim arka roda 'terapung' yang menjadikan pemasangan rim 22 dan 23 inci tidak nampak begitu besar.

Dari segi kuasa, Ferrari Purosangue dijana dengan nadi V12 6.5 liter aspirasi natural yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 715 hp dan daya kilas 716 Nm yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan dan sistem pacuan semua roda.
 

Purosangue


Ia sekaligus menjadikan Purosangue jauh lebih berkuasa berbanding Aston Martin DBX707 (697 hp), Lamborghini Urus Performante (657 hp) dan juga Betley Bentayga W12 (626 hp).

Menurut Ferrari, Purosangue juga bakal ditawarkan dalam beberapa variasi enjin seperti nadi V6, V8, serta pilihan trenkuasa hibrid kelak.

Pecutan 0-100 km/j mengambil masa sekitar 3.3 saat dengan kelajuan tertinggi yang mampu mencecah 310 km/j.
 

Pursangue


Walaupun Purosangue bukanlah kereta Ferrari pertama yang menampilkan sistem pacuan semua roda, ia merupakan model pertama yang hadir dengan ciri keselamatan kawalan menurun cerun (HDC), serta sistem kawalan anti-oleng aktif yang menggunakan peredam spool-valve Multimatic kawalan elektronik.

Menjenguk ke dalam ruang kabin, Ferrari Purosangue menampilkan susun atur yang sedikit berbeza berbanding Ferrari lain, dengan ketiadaan skrin paparan tengah, akan tetapi kedua-dua pemandu dan penumpang mendapat skrin masing-masing di hadapan.

Tempat duduk belakang pula direka untuk memuatkan dua orang sahaja pada satu-satu masa, dan dipisahkan dengan konsol tengah yang juga bertindak sebagai tempat merehatkan lengan.
 

Purosangue


Setakat ini, harga jualan Ferrari Purosangue masih lagi belum diumumkan secara rasmi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Gaya Hidup
Bukan itu sahaja, tempoh menunggu bagi model Ferrari Purosangue itu khabarnya mencecah sehingga dua…
Berita Global
Malah, sambutan terhadap model terbaharu Ferrari itu terlalu menggalakkan sehinggakan tempoh…