Malah, sambutan terhadap model terbaharu Ferrari itu terlalu menggalakkan sehinggakan tempoh menunggu kini mencecah dua tahun, dan ini menyebabkan syarikat Prancing Horse terpaksa menutup sementara buku tempahan.
Seperti yang dilaporkan oleh Drive, pengurus pemasaran dan komersial Ferrari, Enrico Galliera berkata, "Ia bukanlah satu rahsia kami menghentikan pengambilan tempahan. Kami telah menerima terlalu banyak pendaftaran minat tanpa sempat mengedarkan walaupun satu unit kereta.

Tanpa mengumumkan sebarang angka, Ferrari menegaskan produksi Purosangue akan dihadkan untuk menjaga tahap eksklusiviti model tersebut.
Ferrari juga tidak mahu produksi model 'SUV' tersebut tidak melebihi 20 peratus daripada jumlah output tahunan.
Menurut Ferrari, produksi Purosangue dijangka akan bermula sebelum tahun 2022 melabuhkan tirainya, dan penghantaran pertama dijangka bermula pada tahun depan.
Keutamaan sudah pasti akan diberikan kepada pelanggan Ferrari sedia ada, manakala selebihnya perlu menunggu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum mendapat unit masing-masing.
Baca: Ferrari Purosangue 2023
Sumber: Drive