Ferrari Roma kini di Malaysia - jentera Ferrari elegan bermula dari RM968 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari Roma, pertama kali diperlihatkan ke dunia pada November tahun lalu dan namanya diinspirasikan daripada ibu negara Itali, Rome.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak seperti jentera Ferrari moden yang rata-ratanya lebih bersifat kelajuan, Ferrari Roma memiliki bahasa rekaan yang membawakan konsep Nuova Dolce Vita (gaya hidup yang menyenangkan) yang menampilkan simbol kemewahan dan elegan yang tersendiri.

Rekaan luaran jentera asli Grand Tourer (GT) ini juga turut diinspirasikan daripada rekaan ikonik era 1960-an, iaitu 250 GT Berlinetta lusso dan 250 GT 2+2 yang ringkas akan tetapi kekal elegan.

 


Unit enjin bentangan V8 3.9 liter turbo berkembar yang terdapat pada Portofino telah digunakan semula pada Ferrari Roma, namun dengan talaan yang mampu menghasilkan 620kuasa kuda dan 760 Nm daya kilas.

Enjin V8 itu tadi digandingkan dengan transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan (daripada model SF90 Stradale) yang memiliki berat 6 kilogram lebih ringan  berbanding unit transmisi Portofino, namun menawarkan kadar penukaran gear yang lebih cepat dan lancar.

Ini diterjemahkan dengan prestasi 0-100 km/j dalam masa 3.4 saat, pecutan 0-200 km/j dalam masa 9.3 saat dan kelajuan tertinggi dihadkan 320 km/j, satu angka yang boleh dikatakan 'not bad' untuk sebuah Ferrari.

 


Aspek pengendalian Ferrari Roma turut diberikan tumpuan, di mana 70 peratus daripada komponen rangka kenderaan dan casis adalah serba baharu, dan ini membolehkan Ferrari Roma mencapai nisbah berat/kuasa yang terbaik di dalam segmennya, sekaligus memberikan impak kepada dinamik pengendalian dan kadar responsif.

Teknologi seperti Variable Boost Management dan Side Slip Control 6.0 yang terdiri daripada E-Diff, F1-Trac, SCM-E Frs, Ferrari Dynamic Enhancer) (ciri pertama untuk sebuah Ferrari GT) tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menjadikan tahap pemanduan Ferrari Roma lebih menyeronokkan.

Aspek aerodinamik turut menjadi keutamaan para jurutera di Maranello di mana Ferrari Roma juga turut menampilkan beberapa teknologi tersendiri seperti spoiler belakang terbina dalam (dengan tiga posisi berbeza), vortex generators pada bahagian bawah hadapan serta sistem aerodinamik aktif di bahagian belakang.

 


Malah, Ferrari Roma juga turut didatangkan dengan sistem opsyen ADAS (SAE Tahap Pertama) yang merangkumi Kawalan Pelayaran Adaptif, Brek Kecemasan Autonomi, Amaran Keluar Laluan, Bantuan Pengecaman Papan Tanda, Pengesanan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Ciri Kamera Keliling.

Sementara itu, rekaan dalaman Ferrari Roma lebih mementingkan struktur yang simetrik, serta taburan ruang yang luas dan berfungsi, tidak seperti aspek tipikal yang terdapat pada model-model Prancing Horse yang lebih berorientasikan pemandu.

 


Dihadapan pemandu, terdapat skrin instumen sebesar 16 inci yang memaparkan segala informasi penting termasuklah sistem navigasi, dan skrin sentuh dengan orientasi menegak bersaiz 8.4 inci di bahagian tengah yang menawarkan akses kepada ciri HVAC (heating, ventilation and air conditioning).

Roda stereng Ferrari Roma turut menampilkan siri kawalan berbilang sentuhan yang membenarkan pemandu mengawal segenap aspek kenderaan tanpa perlu mengalihkan tangan daripada stereng yang merangkumi manettino 5 posisi, lampu utama, pengelap cermin dan lampu membelok.

Tidak ketinggalan, kemasan yang digunakan pada ruang kabin yang merangkumi gabungan bahan seperti kulit Frau®, Alcantara®, aluminium krom dan gentian karbon.

 


Untuk pasaran Malaysia, grand tourer Ferrari Roma ini dijual pada harga bermula dari RM968,000 atas jalan tanpa insurans, cukai jalan, dan duti yang berkaitan dan setiap pembelian didatangkan dengan program penyelenggaraan berkala selama tujuh tahun.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ferrari Roma Spider dilancarkan sebagai pengganti kepada model Portofino M, sekaligus menjadi model…
Berita Global
Pelakon Jung Haein telah dipilih sebagai protagonis utama di dalam kempen Korea disebabkan…
Berita Global
Supercar terbaharu ini diposisikan di bawah model F8 Tributo namun kedudukannya lebih tinggi…