Apa yang menariknya, kehadiran Ferrari Roma Spider menandakan kembalinya model convertible soft top berenjin hadapan dari Ferrari, dimana kali terakhir mereka hasilkan pada 54 tahun lalu melalui model Ferrari 365 GTS4 1969.
Ferrari Roma Spider hadir sebagai kereta berprestasi tinggi dengan perkadaran, volum dan spesifikasi melalui konsep V8 2+ Ferrari Roma yang sangat berjaya.
Roma Spider berkongsi banyak elemen yang sama seperti modle asas Roma, dimana ia mengekalkan gaya, pengendalian dan prestasi sport coupe Roma yang digemari ramai.
Bumbung soft top pada Roma Spider boleh dibuka dan ditutup dalam masa 13.5 saat sahaja dan boleh berfungsi sehingga kelajuan 60 kmj.
Komponen soft top itu juga sangat padat untuk memberikan ruang but yang lebih besar bagi kegunaan simpanan tambahan, Roma Spider juga hadir dengan deflektor baharu yang dipatenkan untuk disepadukan ke bahagian sandaran kerusi belakang.
Sama seperti model asas Roma, Roma Spider juga dikuasakan oleh enjin V8 3.9 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 612 HP dan 761 Nm.
Ianya dipadankan bersama transmisi dual-clutch transmission (DCT) 8 kelajuan, dimana ianya debut untuk kali pertama pada model Ferrari SF90 Stradale.
Walaupun Ferrari tidak mendedahkan angka prestasi bagi pecutan Roma Spider, namun angkanya mungkin sama seperti model asas Roma iaitu 0-100 kmj dalam masa 3.4 saat, dan kelajuan tertinggi sehingga 320 kmj.
Roma Spider turut dilengkapi teknologi seperti Variable Boost Management dan Side Slip Control 6.0, yang merangkumi ciri E-Diff, F1-Trac, SCM-E Frs dan Ferrari Dynamic Enhancer
Pada bahagian dalaman, tidak seperti kebanyakan model Ferrari, Roma Spider turut hadir dengan struktur yang simetrik, serta taburan ruang yang luas dan berfungsi untuk penumpang.
ianya turut mengekalkan penawaran yang ada pada model asas Roma, dimana ruang kabin dilengkapi dengan skrin instumen sebesar 16 inci dan skrin sentuh bersaiz 8.4 inci di bahagian tengah.
Dari segi keselamatan, Roma Spider turut dilengkapi dengan ciri bantuan pemanduan seperti Kawalan Pelayaran Adaptif, Brek Kecemasan Autonomi, Amaran Keluar Laluan, Bantuan Pengecaman Papan Tanda, Pengesanan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Ciri Kamera Keliling.
Setakat ini Ferrari masih belum mendedahkan harga bagi model convertible soft top itu, namun ia tetapi ditawarkan dengan:
- Program penyelenggaraan berkala selama tujuh tahun
- Jaminan 3 tahun dengan jarak gerak tanpa had
- Jaminan enjin 3 tahun dengan jarak gerak tanpa had