
Fred Vasseur mula menyertai Scuderia Ferrari pada awal 2023, membawa bersamanya pengalaman luas dalam dunia perlumbaan dan rekod cemerlang membangunkan bakat serta membina pasukan kompetitif di pelbagai peringkat sukan bermotor. Sejak itu, beliau telah meletakkan asas kukuh dengan matlamat membawa Ferrari semula ke puncak Formula 1.

“Melanjutkan kontrak Fred mencerminkan tekad kami untuk terus membina daripada asas yang sudah diletakkan setakat ini. Keupayaannya memimpin di bawah tekanan, mengadaptasi inovasi, dan mengejar prestasi selari sepenuhnya dengan nilai Ferrari dan aspirasi jangka panjang kami,” jelas kenyataan rasmi Ferrari.
Ferrari turut menegaskan bahawa di bawah kepimpinan Vasseur, Scuderia Ferrari HP kini lebih bersatu, fokus, dan komited terhadap penambahbaikan berterusan. Kepercayaan yang diberikan kepadanya mencerminkan keyakinan pasukan terhadap hala tuju strategik Ferrari, sekali gus memperkukuh azam bersama untuk memberikan keputusan yang diharapkan oleh peminat, pemandu serta seluruh warga pasukan.

Dengan kontrak baharu ini, Ferrari mengisyaratkan keyakinan penuh terhadap Vasseur dalam menerajui usaha mengembalikan jenama lagenda itu ke tangga teratas kejuaraan Formula 1.