
Ferrari SC40 dikuasakan oleh enjin V6 mid-rear, mengambil seni bina, casis serta trenkuasa daripada Ferrari 296 GTB. Reka bentuknya menampilkan gabungan geometri yang tajam dengan permukaan serta garis arca yang berani. Setiap perincian direka dengan teliti, termasuk ukiran tulisan “SC40” pada sayap belakang yang menjadi tanda halus namun penuh karakter terhadap identiti model ini.

Untuk warna luaran, Ferrari memilih rona putih istimewa yang dinamakan SC40 White warna yang dibangunkan khas untuk kereta ini sahaja. Ia mempunyai tona sejuk yang menyerlahkan lengkungan badan di bawah sinaran matahari, diinspirasikan daripada warna gentian carbon-Kevlar yang digunakan untuk bahagian dalamannya. Ini menjadikan SC40 satu-satunya Ferrari dengan warna dan aura yang tidak boleh didapati pada mana-mana model lain.



Sumber: Instagram Ferrari