Ferrari Vision Gran Turismo - supercar fiksyen berkuasa 1,030 hp

oleh Mohamad Hanif|
Reka bentuk kereta Ferrari yang retro-futuristik ini sebenarnya merupakan sebuah supercar fiksyen yang dihasilkan untuk permainan video Gran Turismo 7.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ferrari Vision Gran Turismo banyak mengambil inspirasi daripada jentera lumba Prancing Horse era 1960-an (Ferrari 330 P3) dan 1970-an (Ferrari 512 S), tidak ketinggalan jentera moden (Ferrari 499P).
 

VGT


Ia boleh dilihat berdasarkan rekaan jentera yang hanya mampu memuatkan seorang pemandu sahaja, rekaan kokpit yang tertutup, serta rekaan sayap belakang dan diffuser yang serba agresif itu.

Grafik '75' yang dilayangkan pada bahagian badan pula menandakan ulang tahun yang ke-75 pengenalan jentera lumba pertama Ferrari, iaitu 125 S tahun 1947.

Mengikut spesifikasi, Ferrari Vision Gran Turismo ini dibekalkan dengan nadi 296 GTB yang mampu menjana kuasa 1,030 hp dan daya kilas 900 Nm.
 

VGT


Terdapat tiga motor elektrik (322 hp), dua daripadanya dipasang pada gandar hadapan dan sebuah lagi pada gandar belakang, di mana kombinasi daya kilas daripada sistem hibrid ini mampu menjana 1,100 Nm pada gandar belakang.

Sementara kotak gear klac berkembar 8 kelajuan pula dipinjamkan daripada jentera F1.

Biarpun 'dibebankan' dengan sistem hibrid, berat keseluruhan jentera ini hanyalah sekitar 1,250 kg dengan nisbah pengagihan berat 43.5:56.5.
 

VGT


Secara teori, Ferrari VGT ini mampu memecut 0-100 kmsj sepantas bawah dua saat, sementara pecutan 0-200 km/j boleh diselesaikan bawah lima saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 350 km/j.

Ferrari bakal mempamerkan model prototaip berskala penuh Vision Gran Turismo ini di Ferrari Museum, Maranello sehingga Mac 2023.

Berminat untuk pandu sendiri kereta ini? Anda boleh mendapatkan akses menerusi permainan Gran Turismo 7 bermula 23 Disember ini.