Ferrari yang 'senyap' akan tiba 2025 - Bos Ferrari

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari sememangnya terkenal dengan ngauman enjin yang ikonik, namun pengeluar supercar Itali itu dikatakan akan membawakan model yang lebih senyap (kuasa elektrik sepenuhnya) menjelang tahun 2025.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Autocar, John Elkann selaku pengerusi Ferrari berkata demikian dalam satu mesyuarat am tahunan yang dianjurkan baru-baru ini.

Malah beliau menyifatkan pengenalan model supercar elektrik ini bakal menjadi satu pencapaian penting di dalam sejarah Ferrari itu sendiri.

Dalam mesyuarat itu lagi, Elkann turut mendedahkan firma itu akan melancarkan tiga model baharu dalam masa beberapa bulan akan datang.

Suatu ketika dahulu, Ferrari bukanlah antara pengeluar yang terburu-buru untuk membangunkan sebuah supercar elektrik, walaupun ia telah pun menghasilkan kenderaan plug-in hybrid seperti SF90 Stradale.

Menurut ketua unit komersial Enrico Falliera menjelaskan pada ketika itu, "kami percaya teknologi bateri masih lagi belum dibangunkan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan sebuah supercar, dan dalam masa lima tahun akan datang, kami tidak percaya teknologi ini mampu memenuhi keperluan sebuah Ferrari.

Pada tahun 2020, Ferrari berjaya menjual 9,119 unit kenderaan dengan penurunan sebanyak 10 peratus berbanding tahun terdahulu.

 

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…