Filem Ford v Ferrari raih kemenangan berganda Anugerah Oscar!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu penyampaian anugerah Academy Awards baru-baru ini, filem bergenre sejarah automotif Ford v Ferrari berjaya merangkul anugerah berganda sekaligus menjadi filem pertama memenangi anugerah Oscar semenjak Grand Prix 53 tahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford v Ferrari berjaya meraih kemenangan di dalam kategori Suntingan Bunyi Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik, walaupun terpaksa bersaing dengan filem-filem lain seperti The Irishman, The Joker, 1917, Once Upon a Time... in Hollywood dan Star Wars: The Rise of Skywalker.

Filem ini juga turut dicalonkan dalam kategori Pencampuran Bunyi Terbaik dan Penggambaran Terbaik, namun masing-masing kalah kepada filem 1917 dan Parasite (Korea Selatan).

Ford v Ferrari mengisahkan persaingan antara Carrol Shelby dan pemandunya Ken Miles dalam usaha untuk memenangi perlumbaan 24 Jam Le Mans pada tahun 1966. 

Filem Grand Prix (John Frankenheimer) merupakan satu-satunya filem bergenre sukan permotoran yang mampu memberikan impak ketika Academy Awards dengan meraih tiga kemenangan di dalam kategori bunyi, suntingan filem dan efek bunyi terbaik pada April 1967.

Kenapa filem Ford v Ferrari ini wajib ditonton? 

Baca ulasan penulis kami di pautan di bawah:

Ford v Ferrari filem wajib tonton

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun begitu, ia tidak menghalang pelakon utama yang juga produser filem, Vin Diesel untuk…
Berita Global
Mungkin ramai yang sudah perasan berdasarkan beberapa siri trailer filem yang telah diterbitkan…
Gaya Hidup
Salah satu daripada watak yang dimaksudkan ialah Luke Hobbs yang dilakonkan oleh Dwayne The Rock…