Filem live-action HotWheels sedang dalam pembikinan?

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Filem live-action atau aksi sebenar memerlukan formulasi yang tepat (secukup rasa mengikut istilah dapur) bagi memastikan ia sampai dan mampu diterima kepada audiens. 

Filem berdasarkan barisan produk mainan juga cukup banyak, sebut sahaja Transformers daripada zaman Bumblebee Camaro sehinggalah kepada BumbleBee Beetle, Cars, dan bermacam lagi. 

Tidak cukup dengan produk sedia ada yang mampu mencederakan poket golongan ibu bapa, ia tidak menghalang Mattel Films dan Warner Bros daripada memperkenalkan sebuah lagi filem aksi sebenar berdasarkan - cuba anda teka - ya, HotWheels!

Terdapat beberapa laporan media menyatakan bahawa Mattel Films kini sedang merancang untuk menghasilkan filem berdasarkan mainan tiga inci paling popular di dunia. 

Menurut CEO Mattel, Ynon Kreiz masih belum mendedahkan idea asas yang bakal menjadi tunjang kepada filem ini, namun berasa teruja untuk membawakan aksi HotWheels di dalam dunia sebenar. 

 


Sebagai cadangan, Mattel boleh membikin sebuah kisah-kisah berasingan, terdiri daripada adaptasi sebenar seorang scalper yang cuba untuk membolot keuntungan menerusi penjualan harga ala Tel Aviv dan kisah pengumpul yang miskin akan tetapi mencuri HotWheels di pusat membeli belah terkemuka.

 

Sumber: io9  

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini, Hot Wheels mengumumkan model diecast skala 1:64 Proton Saga boleh didapati di semua kedai…
Gaya Hidup
Ini tidak termasuk laluan longkang sekeliling rumah untuk anda berlumba bersama rakan anda. …
Berita Global
  Namun begitu ia terbukti sudah mencukupi kerana Bugatti sudah menerima 500 tempahan pada Rabu…