Filem spin-off Bumblebee bakal guna khidmat VW Beetle, bukan Camaro

oleh Mohamad Hanif|
Filem spin-off Transformers yang diterbitkan oleh Paramount Pictures bakal hadir pada penghujung tahun ini akan menampilkan Bumblebee, dengan penampilan asal sebuah Volkswagen Beetle berwarna kuning.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Filem yang bakal diarahkan oleh Travis Knight (syukur bukan Michael Bay) itu bakal mengadaptasi jalan cerita yang asal menggunakan tetapan masa sekitar tahun 1987, iaitu dua dekad sebelum pasukan Autobots mendarat di Bumi. 
 


Filem ini turut dibintangi para pelakon seperti Hailee Steinfield, John Cena dan Pamela Adlon manakala pelakon suara untuk watak robot juga turut dikekalkan seprti Martin Short, Peter Cullen (Optimus Prime) dan Jess Harnell (Barricade). 

Filem ini dijangka menemui peminat siri Transformers pada 21 Disember, 2018. 

Saksikan trailer filem Bumblebee di bawah ini.