Bukan sahaja ia akan menampilkan Optimus Prime dengan rekaan daripada siri G1, akan tetapi ia juga turut menampilkan kereta-kereta ikonik daripada era 90-an.
Berdasarkan gambar daripada Instagram Steven Caple Jr, pengarah filem Transformers: Rise of The Beast, kita dapat melihat kenderaan seperti Chevrolet Camaro (Bumblebee), Porsche 964 RS 3.8 (Mirage), VW Transporter T1 (Wheeljack) dan Ducati 916 (Arcee).
Selain itu, untuk watak jahat pula menampilkan trak Mack berwarna gelap (Scourge), Nissan Skyline GT-R R33 (Nightbird), dan GMC Topkick yang tidak diketahui nama wataknya.
Seperti yang diberitakan sebelum ini, filem terbaharu Transformers tidak lagi diarahkan oleh Michael Bay, sebaliknya digantikan oleh Travis Knight untuk filem Bumblebee (2018), dan Steven Caple Jr untuk filem tahun 2022 itu.
Difahamkan, filem terbaharu ini mengambil tempat sekitar tahun 1994, dan ia sudah cukup untuk menerangkan sebab pemilihan kenderaan yang disebutkan tadi.