Final Piala FA (10 September): Operasi LRT dilanjutkan sehingga 1 pagi

oleh SALINA JALIL|
Penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan aksi final Piala FA tidak perlu bimbang kerana Rapid Rail bersetuju untuk melanjutkan tempoh operasi Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Bukit Jalil sehingga jam 1 pagi.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Rail Sdn Bhd, Amir Hamdan berkata tren tambahan akan disediakan sejurus tamat perlawanan bagi memberikan keselesaan kepada penyokong finalis Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk pulang ke destinasi masing-masing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Beliau turut menasihatkan agar semua pengguna LRT dapat menggunakan sistem Touch 'n Go selain membuat urusan menambah nilai terlebih dahulu sebelum tiba di stesen berkaitan bagi melicinkan pergerakan.

 

"Operasi di Stesen LRT Bukit Jalil dan akan dilanjutkan sehingga 1 pagi dengan tren tambahan disediakan bagi keselesaan penumpang sejurus selepas tamat perlawanan antara TFC dan JDT.

 

"Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT Laluan Kelana Jaya dengan mendapatkan tren di stesen pertukaran Masjid Jamek dan Putra Heights. Bagi yang ingin pulang dan meneruskan perjalanan ke Laluan MRT, mereka boleh mendapatkan tren di Stesen Plaza Rakyat.

 

"Kami galakkan penyokong JDT meletakkan kenderaan di Park & Ride di stesen LRT Putra Heights (452 lot parkir) manakala penyokong TFC disarankan meletakkan kenderaan di Park & Ride di Stesen LRT Gombak (1,260 lot parkir) bagi memudahkan pergerakan ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

 

"Sila gunakan Touch 'n Go yang sama untuk membayar parkir dan menaiki LRT bagi mendapatkan harga 'flat rate' berjumlah RM4 untuk bayaran parkir. Rapid Rail akan menyediakan ruang solat tambahan di Stesen LRT Bukit Jalil bagi memudahkan penyokong bersolat.

 

"Kami akan sediakan kakitangan tambahan bagi melicinkan operasi pada hari terbabit. Kami menyeru semua penyokong dapat menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di pusat bandar khususnya di sekitar Bukit Jalil.

 

"Saya juga harapkan penyokong-penyokong dapat lakukan urusan tambah nilai lebih awal bagi memudahkan urusan tanpa perlu membuatnya di kaunter yang disediakan di stesen," katanya.

 

 

 

Berita Harian