Fisker hampiri persetujuan benarkan Foxconn untuk bina kereta elektriknya

oleh HEZERI SAMSURI|
Fisker Inc sudah masuk ke lembaran terakhir dalam siri berbincangan untuk mencapai persetujuan bagi membenarkan syarikat Foxconn Technolofgy Co Ltd untuk membuka kilang di US dalam tahun 2023 bagi memasang kereta elektrik (EV) miliknya.

Menurut CEO Fisker, Henrik Fisker, lokasi sebenar kilang itu masih belum ditentukan tetapi empat negeri sedang dalam pertimbangan, termasuk kilang Foxconn yang masih dalam pembinaan di Wisconsin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kilang pemasangan Fisker itu bakal mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 150,000 unit setahun dan Fisker yakin pelancaran produk itu di US adakah satu keputusan yang bijak berdasarkan rekod lampau kebanyakan produk-produk berteknologi tinggi yang berjaya secara global.

Fisker turut berkata kemampuan Foxconn dalam industri pengeluaran cip semikonduktor akan menjadi satu kelebihan untuk syarikatnya.

Kilang itu bakal memasang sebuah EV menggunakan platform ringan FP28 baharu yang direka oleh Fisker dan juga Foxconn. Walaupun genre kenderaan itu masih belum ditentukan (walaupun Fisker sendiri berkata kemungkinan besar ia adalah sebuah crossover), ia mampu membawa lima penumpang dan harga sasaran di US ialah di bawah US$30,000, sebelum insentif cukai.

Disember lalu, Magna International Inc akan memasang EV Fisker, Ocean SUV untuk pasaran Eropah. Projek itu akan bermula suku keempat tahun hadapan.

Fisker juga tidak dapat memberitahu siapakan pembekal bateri untuk EV mereka.

 

 

Foxconn mula menempa nama sebagai kontraktor pemasang produk iPhone yang terletak di China. 

Ia telah memotong bajet untuk pembinaan kilang canggihnya di Wisconsim (gambar atas) yang sepatutnya digunakan untuk memasang skrin peranti.

Pada awalnya, ia berkata akan melabur US$10 billion untuk pembinaan kilang tersebut tetapi bulan lalu syarikat Taiwan ini mengumumkan akan hanya melabur sebanyak US$672 juta.

Ia juga memotong jumlah pekerjaan yang bakal ditawarkan dari 13,000 orang kepada 1,454 orang sahaja.

Seperti yang anda lihat, Foxcon memang terbukti sebagai sebuah syarikat teknologi yang berjaya sebagai sebuah kontraktor pemasangan, sementara Fisker adalah sebuah syarikat EV yang pandai mengeluarkan kenyataan untuk masa hadapan.

Diharapkan semua sasaran mereka bakal tercapai dalam abad ini.

* Laporan penuh di Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu perkara menarik ialah Fisker membangunkan Rōnin dengan ciri praktikal berbanding jenama…
Berita Global
Awal tahun ini, Fisker menampilkan model SUV elektrik Ocean yang dikatakan bakal memberikan saingan…
Berita Global
SUV EV itu juga akan mempunyai kebolehan bergerak sejauh 483 km dengan sekali caj sahaja.  Namun…