Sebahagian daripada penawaran aksesori rasmi itu kini boleh dilihat menerusi laman web Ford Australia di mana ia terbahagi kepada tiga kelompok utama - Off-road, Touring dan Camping.

Untuk tujuan off-road, Ford menawarkan peralatan seperti bampar depan keluli ARB, cangkuk tunda, skid plate, bull-bar, pemasangan lampu LED, snorkel hitam, serta tiub perlindungan pada arka roda depan.
Tidak ketinggalan, pemasangan rock slider, sports bar di bed belakang dan rak bumbung berwarna hitam.

Naiktaraf pakej Touring pula merangkumi kemasan bampar keluli ARB yang serupa dengan penambahan bar perlindungan matte-black dan bar LED.
Untuk mereka yang gemar bermalam di luar, Ford menawarkan pakej Camping yang merangkumi khemah bumbung serta kanopi bed ARB.