Ford Australia tawar sesi trackday, servis percuma sebagai ganti ketiadaan ciri pada Mustang Mach 1

oleh Mohamad Hanif|
Ford Australia nampaknya terpaksa berbelanja besar sebagai pampasan kepada kesilapan cetakan spesifikasi Ford Mustang Mach 1.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di dalam bahan promosi, Ford didapati menyenaraikan ciri-ciri seperti kawalan jelajah berbantu radar, penderia parkir belakang dan lampu kabus pada model Ford Mustang Mach 1, di mana ciri itu sebenarnya langsung tidak ditawarkan.

"Kami menyedari kesilapan maklumat ini pada Ford Mustang Mach 1 untuk pasaran Australia, dan berasa kecewa tidak sempat melakukan pembetulan sebelum ia dicetak pada brosur dan dipaparkan secara rasmi dalam laman web," menurut kenyataan rasmi Ford.

Tidak seperti Ford Mustang biasa, Ford Mustang Mach 1 mendapat pelbagai naiktaraf sistem aerodinamik bagi menambah daya turun serta menambahbaik sistem penyejukan.

 

 


Namun, penambahan sesetengah komponen yang unik itu menyebabkan beberapa ciri tidak ditawarkan seperti kawalan jejalah radar dan penderia parkir belakang walaupun kamera undur ditawarkan sebagai standard.

Sebagai pampasan, Ford Australia menawarkan pakej servis berjadual percuma sehingga tiga tahun (dengan had 15,000 km/12 bulan, 30,000 km/24 bulan dan 45,000 km/36 bulan), serta sesi hari litar di salah satu daripada beberapa lokasi di sekitar negara itu.

Menurut laporan daripada Car Advice, kesilapan tersebut menyebabkan Ford Australia terpaksa berbelanja lebih daripada $1 juta AUD (RM3.19 juta) walaupun syarikat itu hanya membawa masuk 700 unit Mach 1 sahaja.

Baca: Ford Mustang Mach 1 untuk pasaran global, unit terhad
Baca: Ford Mustang Mach 1 dengan jajan Shelby GT350
Baca: Ford Mustang Mach 1 tribut kepada Mustang Mach 1 asal
Baca: Ford Mustang Mach 1 Hitman

Sumber: Car Advice

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Ford juga turut mengumumkan RMA Automotive sebagai syarikat sah yang akan…
Berita Global
Tidak cukup dengan itu, Ford Australia telah didenda sebanyak AU$53,000 (RM159,595) oleh Australian…
Berita Global
Sebahagian daripada penawaran aksesori rasmi itu kini boleh dilihat menerusi laman web Ford…