Ford bangunkan Focus ute di Australia

oleh Mohamad Hanif|
Desas desus yang didengari tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan apabila Ford dilaporkan sedang membangunkan secara serius model ute menggunakan asas daripada Ford Focus.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Wheels, laman automotif negara Australia menyebut, mereka telah pun melihat dokumentasi kejuruteraan yang diperoleh daripada sumber dalaman yang mengesahkan pembangunan model yang dikenali dengan nama 'P758'.

 


Model P758 ini dikatakan menggunakan platform C2 yang pada ketika ini digunakan bagi membangunkan model-model seperti Ford Focus Mk IV, Ford Kuga Mk III, Ford Focus Active dan juga Lincoln Corsair.

Namun, trak ute kompak ini dikatakan tidak akan didatangkan dengan mana-mana unit enjin yang dikhususkan buat Ford Focus.

Menurut dokumentasi itu lagi, ia mungkin hadir dengan enjin 2.0 liter turbo yang mampu menjana 245 kuasa kuda dan 373 Nm yang diperoleh daripada model Ford yang lain, digandingkan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.
 

model Ford Courier yang pernah dijual sebelum ini

Terdapat kemungkinan model trak pikap/ute Focus ini akan dijual di Brazil - menyamai laporan tahun lalu - serta beberapa pasaran lain seperti Australia yang sememangnya sangat popular dengan kenderaan sebegini. 

Sumber gambar utama: tfltruck.com

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…