Ford Bronco 2021 - ikon off-road kembali!

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu nama yang sinonim dengan kenderaan off-road Amerika Syarikat, Ford Bronco akhirnya rasmi dilancarkan setelah kali terakhir dijual pada tahun 1996.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford Bronco hadir dalam dua versi, iaitu off-road rugged serta sebuah model Bronco Sport yang lebih kecil namun masih berkeupayaan seperti Bronco standard.

Menurut Ford, Bronco serba baharu ini direka atas prinsip 'function over form', malah pihak mereka sanggup menyelinap ke dalam forum-forum peminat untuk mengetahui apakah ciri yang diinginkan pada Bronco baharu.

 


Dari segi dimensi, Bronco menawarkan jarak kelegaan tanah yang terbaik di dalam kelasnya, iaitu 294 mm dengan keupayaan meredah kedalaman air 851 mm, diikuti sudut breakover 29 darjah dan sudut departure 37.2 darjah. 

Terdapat dua versi enjin ditawarkan, iaitu enjin asas 2.3 liter EcoBoost (270 hp/420 Nm) serta enjin bentangan V6 2.7 liter yang menghasilkan 310 kuasa kuda dan 542 Nm. 

Sistem transmisi pula adalah jenis manual tujuh nisbah kelajuan serta menampilkan ciri gear merangkak (crawler) atau automatik 10 nisbah kelajuan yang memacu sistem pacuan semua roda 4x4. 
 


Pelanggan juga boleh memilih dua sistem pacuan yang berbeza, iaitu versi asas dengan ciri shift-on-the-fly transfer case dua kelajuan elektronik, dan  opsyen transfer case elektromekanikal pacuan 4H automatik on-demand.

Ford Bronco juga turut menampilkan ciri pertama yang dikenali sebagai Trail Toolbox - teknologi yang membantu pemanduan off-road termasuklah Trail Control, Train Turn Assist, dan Trail One-Pedal Drive. 

Selain daripada itu, Bronco baharu juga dilengkapi dengan Terrain Management System dengan tujuh mod G.O.A.T untuk dipilih termasuklah Normal, Eco, Sport, Slippery, Sand, Baja, Mud/Ruts, dan juga RockCrawl.
 


Seperti yang dijelaskan sebelum ini, dua versi badan yang dikhususkan untuk offroad yang hardcore mempunyai rekaan pintu dan bumbung soft-top yang boleh di'buang', malah versi empat pintu turut didatangkan dengan ruang untuk menyimpan pintu yang dibuka tadi di dalam bekas khas. 

Rekaan kabin pula banyak diinspirasikan daripada Ford Bronco yang asal, di mana kluster meter dan kawalan adalah mudah untuk dilihat dan dicapai, serta ciri penggunaan bahan kalis air pada papan pemuka dan upholesteri.

 


Sistem infotainmen pula menampilkan unit SYNC4 dengan skrin paparan 12 inci dengan ciri navigasi off-road, sokongan kameran 360 darjah dan kemas kini over-the-air.

Di atas papan pemuka juga turut terdapat sebuah bar yang membolehkan anda memasang peranti pintar atau kamera aksi dengan lebih mudah. 
 


Dari segi struktur kenderaan, Bronco dua pintu dan empat pintu ini dibina di atas platform SUV body-on-frame tradisional dengan casis diperbuat daripada keluli berkekuatan tinggi. 

Sistem suspensi pula adalah jenis bebas di hadapan dengan komponen differensial Dana AdvanTEK, dan suspensi jenis coil spring dengan rekaan gandar solid Dana 44 AdvanTEK. 

Antara opsyen yang ditawarkan termasuklah sistem suspensi jenis long travel Bilstein, serta bar pengimbang hidraulik semi-aktif yang boleh dinyahsambung untuk artikulasi maksimum ketika off-road. 
 


Terdapat sehingga tujuh trim yang ditawarkan termasuklah Base, Big Bend, Black Diamond, Outer Banks, Wildtrak, Badlands dan First Edition yang dihadkan kepada 3,500 unit. 

Harga jualan pula bermula dari $29,995 (RM128,088~) untuk model Bronco dua pintu, dan fasa produksi hanya akan bermula pada awal tahun 2021. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, berita kurang baiknya, tidak semua negara Eropah bakal menerima kehadiran SUV ini, malah ada…
Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, masalah ini…
Berita Global
Dari segi rupa, Ford Bronco Everglades (macam nama pewangi kereta pula) menampilkan grafik unik…