Ford Bronco bakal mendarat di Eropah 2023, tapi bukan dalam versi pemanduan kanan

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik, Ford dilaporkan sudi untuk menawarkan SUV retro Ford Bronco di luar pasaran Amerika Syarikat, di mana ia dijangka akan mendarat di Eropah pada tahun 2023 sebagai pesaing rapat kepada model Land Rover Defender.

Namun, berita kurang baiknya, tidak semua negara Eropah bakal menerima kehadiran SUV ini, malah ada sesetengah negara yang mungkin langsung tidak berpeluang untuk membeli model ini.

Lebih mendukacitakan apabila Ford langsung tidak mahu menawarkan Bronco dalam versi pemanduan sebelah kanan.

Ini kerana, berdasarkan kajian di negara-negara pemanduan kanan seperti UK, Australia, New Zealand dan Jepun, Ford mendapati permintaan adalah tidak cukup memberangsangkan untuk menjadikan proses penukaran Bronco kepada model RHD berbaloi.
 

bronco


Malah menurut laporan daripada Carscoops, adalah menjadi satu polisi bagi Ford UK untuk tidak menjual mana-mana kenderaan versi pemanduan kiri menerusi jaringan pengedar.

Jadi, peminatnya di UK boleh mendapatkan model Bronco ini menerusi saluran import atau membelinya dari pengedar bebas.

Di pasaran Eropah, Ford Bronco hanya akan ditawarkan dalam versi lima pintu dengan kelengkapan seperti skrin tengah bersaiz 12 inci, unit audio B&O Hi-Fi, serta kelengkapan off-road bagi menjadikannya setanding dengan Land Rover Defender.

Spesifikasi penuh hanya akan diumumkan menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung lewat tahun 2023.

Baca: Ford Bronco

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, masalah ini…
Berita Global
Dari segi rupa, Ford Bronco Everglades (macam nama pewangi kereta pula) menampilkan grafik unik…
Berita Global
  Dari segi prestasi, VelociRaptor 400 Bronco mampu memecut dari 0 km/j hingga 97 km/j dalam masa…