Ford Bronco DR 2023 - Bronco yang paling hardcore, tak halal atas jalan raya

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun hanya dihasilkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, sambutan yang diterima terhadap Ford Bronco tidak kurang hebatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, Ford melancarkan sebuah lagi varian Bronco yang lebih liar, dinamakan sebagai Bronco DR.

DR membawa maksud Desert Race, bermakna ia akan dihasilkan untuk acara perlumbaan SCORE Baja 1000 2022 dalam unit terhad, boleh dibeli secara rasmi namun sayangnya hanya dihadkan untuk kegunaan off-road sahaja.
 

Bronco


Dari segi kuasa, Bronco DR didatangkan dengan nadi 5.0 liter bentangan V8 Coyote yang dikatakan mampu menghasilkan lebih daripada 400 kuasa kuda, dipadankan dengan transmisi 10R80 dan transfer case dari Ford F-150.

Kuasa disalurkan menerusi differential elektronik depan dan belakang dengan nisbah pacuan akhir 4.70:1, sementara sistem brek asal Bronco masih lagi digunakan namun dengan pelapik brek yang telah dinaiktaraf.
 

DR


Pembina Bronco DR, Multimatic turut melengkapkan model hardcore ini dengan sistem suspensi High-Performance Off-Road Stability Suspension, Positional Selective DSSV Dampers, serta lengan kawalan bawah daripada aluminium billet serba baharu.

Menurut Ford, mereka mensasarkan penambahan jarak pergerakan suspensi depan sebanyak 55.1 peratus di depan, dan 56.8 peratus untuk suspensi belakang.

Disebabkan penggunaan suspensi off-road, Bronco DR menampilkan sudut mendatang 47 darjah, sudut pelepasan 37 darjah dan sudut breakover 33 darjah.
 

DR


Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim beadlock bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar BFGoodrich Mud-Terrain T/A KM3 37 inci.

Binaan badan jentera Baja ini menampilkan panel gentian kaca, bampar depan daripada tiub logam, sementara bahagian yang menggunakan kaca telah pun dibuang, diikuti dengan sistem pendingin hawa.

Hanya 50 unit sahaja Bronco DR yang akan dihasilkan oleh Multimatic.