Ford Bronco Everglades 2022 boleh redah air sedalam 924 mm!

oleh Mohamad Hanif|
Ford telah menambah sebuah lagi varian baharu ke dalam keluarga Bronco yang sarat dengan aksesori serta keupayaan off-road yang lebih baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi rupa, Ford Bronco Everglades (macam nama pewangi kereta pula) menampilkan grafik unik pada panel fender hadapan, arka roda lebar, gril Carbonized Gray dengan perkataan Bronco berwarna hitam berkilat.

Rim pula adalah bersaiz 17 inci Carbonized Gray yang dibaluti tayar mud-terrain Goodyear bersaiz 35 inci.
 

Everglades


Ruang kabin pula menempatkan penggunaan bahan balutan tempat duduk vinil gred marin, alas lantai getah, serta aksen Urban Green pada pemegang pintu, corong pendingin hawa dan jahitan tempat duduk.

Untuk pemanduan off-road yang lebih berkeupayaan, Bronco Everglades membawakan dua ciri naiktaraf yang penting dan mampu membezakannya dengan model Bronco lain.
 

Everglades


Pertama sekali adalah kehadiran snorkel yang dibangunkan sendiri oleh Ford serta plat easy-to-swap yang mampu mengubah arah aliran udara, dan yang kedua adalah perubahan ventilasi yang lebih tinggi pada gandar depan dan belakang, transfer case dan juga transmisi.

Ini bermakna, Ford Bronco Everglades ini mampu meredah air sedalam 924 mm, berbanding Bronco standard yang mampu meredah air sedalam 851 mm sahaja.
 

Everglades


Ford juga menawarkan bampar depan modular jenis tugas berat daripada Ford Performance, serta cangkuk Zeon 10-S Warn dengan keupayaan menunda beban seberat 4,543 kg (bersamaan berat dua buah Rolls-Royce Ghost).

Selain daripada itu, ia boleh dilengkapkan dengan bar perlindungan, rock rail, serta steel bash plate yang sama seperti varian Black Diamond dan Badlands.

Bronco Everglades hanya hadir secara eksklusif dengan enjin 2.3 liter EcoBoost yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 300 hp dan 440 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.
 

Everglades


Harga jualan di Amerika Syarikat bermula dari $53,000 (RM222,044).