Ford Bronco Raptor 2022 dilancarkan - Bronco yang paling berkuasa kuda

oleh Mohamad Hanif|
SUV yang tidak akan memasuki pasaran Malaysia, Ford Bronco kini menerima ahli keluarga Raptor baharu yang diinspirasikan daripada perlumbaan Baja, digelar sebagai Ford Bronco Raptor 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti model standard, Ford Bronco Raptor 2022 kini jauh lebih lebar 25 mm (ukuran lebar 2,177 mm), dengan ukuran sepanjang 4,851 mm, tinggi 1,980 mm dan berat sekitar 2,600 kg!

Duduk di bawah arka roda yang lebar itu adalah tayar all-terrain BF Goodrich bersaiz 37 inci, saiz terbesar yang wujud untuk SUV produksi di Amerika Syarikat.
 

Bronco


Rekaan lampu utama adalah spesifik untuk model Raptor, dengan lampu nyalaan siang berwarna amber, lampu penanda, serta pemasangan lampu kabus LED Rigid dan lampu off-road Rigid  untuk pencahayaan yang lebih cemerlang di waktu malam.

Ruang kabin pula boleh disesuaikan dengan warna Code Orange pada tali pinggang keledar diikuti dengan jahitan kontras pada tempat duduk.

Pembeli juga boleh mendapatkan opsyen tempat duduk Ford Performance yang hadir dengan ciri bolster sisi yang agresif, serta Lux Package yang menambah sistem bunyi B&O 10 pembesar suara serta kawalan jelajah adaptif.

Namun secara standard, Bronco Raptor hadir dengan skrin tengah bersaiz 12 inci, serta ciri kamera keliling 360 darjah.
 

Bronco Raptor


Penawaran terbaharu Bronco Raptor ini dikuasakan oleh enjin 3.0 liter V6 EcoBoost dengan binaan blok besi grafit yang lebih tahan lasak, namun jauh lebih berat berbanding enjin binaan aluminium.

Tiada angka output didedahkan, namun Ford mensasarkan kuasa melebih 400 hp yang jauh melebihi penawaran enjin 2.7 liter V6 turbo 330 hp pada Bronco standard. Ia turut didatangkan dengan sistem penyejukan dan induksi udara bagi membolehkannya bertahan di bawah suhu tinggi padang pasir.

Sistem transmisi pula adalah jenis automatik 10 kelajuan, sama seperti yang terdapat pada F-150 Raptor dan Ranger Raptor.
 

Raptor


Sistem ekzos pula menampilkan unit header yang hampir sama panjang, menyumbang kepada not ekzos yang lebih diperkaya, serta tidak ketinggalan empat mod bunyi yang berbeza termasuk mod senyap.

Disebalik rupa paras yang agresif, Ford turut memberikan naik taraf kepada sistem casis, seperti contoh lengan kawalan Ford Performance baharu yang membenarkan jarak pergerakan roda yang lebih jauh (33 cm depan, 35.5 cm belakang), peredam FOX, serta pemasangan bash plate dan skid plate tugas berat bagi melindungi enjin, transmisi dan transfer case.

Selain itu, casis diperkukuhkan lagi dengan pemasangan crossbar pada tiang B dan C yang menyumbang kepada peningkatan tahap ketegaran sebanyak 50 peratus, diikuti dengan jarak trek (antara roda kiri dan kanan) ditambah 21.8 cm, dan jarak kelegaan tanah ditambah sebanyak 12 cm berbanding model Bronco standard.
 

Raptor


Ford Bronco Raptor 2022 turut dipasangkan dengan komponen spesifikasi perlumbaan, termasuklah gandar Dana (semi-float 50 AdvanTek belakang, 44 AdvanTek depan).

Keupayaan menunda beban juga turut dipertingkatkan sebanyak 454 kg kepada 2,041 kg.

Untuk pemanduan off-road yang lebih memudahkan, Ford turut menambah mod pemanduan pedal tunggal kepada Bronco Raptor.
 

Raptor


Di Amerika Syarikat, harga jualan Bronco Raptor 2022 bermula dari $68,500 (RM286,775), jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan model Bronco Wildtrak ($47,780 atau RM200,031).

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini, laman web The Bronco Nation telah berjaya mengesan kelibat Ford Bronco Raptor 2023…
Berita Global
Turut diperlihatkan adalah video teaser yang memaparkan sekilas lalu rupa paras hadapan SUV pantas…