Ford daftar paten papar iklan tepi jalan dalam sistem infotainmen

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin satu idea yang cukup kurang bijak daripada Ford, di mana baru-baru ini mereka telah mendaftarkan paten bagi antaramuka iklan tepi jalan yang boleh dipaparkan dalam skrin infotainmen kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Operasi sistem ini cukup mudah, sistem kamera akan mengesan dan mengimbas mana-mana iklan yang terdapat di tepi jalan dan kemudian akan membuka satu paparan pop-up di dalam skrin infotainmen.

Paparan itu juga akan turut menyediakan butiran seperti alamat, nombor telefon serta pautan yang membolehkan anda memesan dan membeli barangan tersebut hanya dari tempat duduk sahaja.

 


Bagi penulis, teknologi terbaharu ini sebenarnya bakal mengundang kritikan keras disebabkan ia menambah lebih banyak gangguan konsentrasi kepada pemandu ketika berada di atas jalan raya.

Walaupun kereta-kereta moden kini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu (ADAS), ciri ini masih lagi memerlukan tumpuan penuh pemandu untuk mengambil alih kawalan kenderaan di dalam situasi yang memerlukan.

Mungkin sekali Ford boleh melaksanakan teknologi ini sekiranya kenderaan telah pun dilengkapi dengan sistem pemanduan autonomi Tahap Keempat dan Kelima (Automasi penuh), namun sehingga kini teknologi ini masih lagi sedang dibangunkan oleh kebanyakan pengeluar.

Baca: Enam tahap pemanduan autonomi yang perlu anda tahu

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…