Ford daftar paten transmisi manual tanpa klac

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada pelbagai jenis transmisi automatik yang wujud atas muka bumi ini, tidak kurang juga pengeluar yang cuba untuk hadir dengan inovasi tersendiri terhadap transmisi purba manual dengan tiga pedal itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada Hyundai (dan Kia) yang hadir dengan transmisi manual tanpa penggunaan pedal klac, Ford juga dilaporkan turut mendaftarkan paten transmisi yang serupa berdasarkan informasi yang dipetik daripada laman Muscle Car and Trucks.

Menurut laman tersebut, paten transmisi manual ini telah didaftarkan di pejabat United States Patent and Trademark Office (USPTO) pada Disember 2018, sebelum dokumen tersebut akhirnya diterbitkan secara rasmi pada bulan November lalu.
 

manual


Sistem transmisi manual terbaharu Ford ini menampilkan modul kawalan yang direka untuk mengaktifkan operasi klac secara automatik bagi membolehkan pemandu menukar gear dengan hanya menggerakkan tombol gear sahaja.

Ia akan mula melepaskan cengkaman klac setelah unit penderia pada tombol gear mengesan kehadiran tangan pemandu dan melakukan pergerakan penukaran gear dan setelah itu klac akan disambungkan kembali setelah penukaran gear selesai.

Dengan menggunakan sistem klac elektrik ini, kereta sememangnya tidak lagi memerlukan pedal klac, namun Ford menegaskan kereta masih lagi memerlukan pedal tersebut, di mana ia sekadar disambungkan kepada modul kawalan sahaja berbanding sistem terdahulu.

Selain daripada itu, dokumen paten itu turut menyebut satu lagi opsyen di mana kadar operasi klac boleh ditentukan berdasarkan kadar tekanan pegangan tangan yang dikesan pada tombol gear.
 

Mustang


Dengan adanya sistem ini, Ford mahu menjadikan pemanduan kenderaan bertransmisi manual lebih menyeronokkan tanpa kehadiran sifat negatif yang kerap kali dikaitkan dengan kenderaan bertransmisi manual.

Menurut Ford, sistem transmisi manual baharu ini boleh digunakan untuk kenderaan pacuan roda belakang tradisional seperti Ford Mustang, atau kenderaan pacuan semua roda seperti Ford Bronco.

Setakat ini, Ford tidak mendedahkan secara terperinci bilakah sistem transmisi manual baharu ini bakal muncul di pasaran.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…