Ford dedah teaser Everest 2023 - SUV yang lahir dari platform Ranger 2023

oleh Mohamad Hanif|
Buat mereka yang mungkin terlupa, trak pikap generasi baharu Ford Ranger 2023 sebenarnya turut mempunyai kembar SUV - Ford Everest yang akan dilancarkan kelak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Beberapa keping gambar teaser SUV tersebut kini diperlihatkan secara rasmi oleh Ford beserta sebuah video yang memaparkan fasa terakhir pembangunan sebelum ia membuat kemunculan rasmi pada suku pertama tahun 2022.

Jelas kelihatan, unit SUV ini banyak berkongsi komponen dengan trak pikap generasi baharu Ranger seperti contoh muka hadapan dengan unit lampu baharu, gril hadapan yang agresif diikuti dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk C.
 

Everest


Sementara bahagian belakang pula menampilkan rekaan yang jauh lebih gagah, terima kasih kepada rekaan fender yang lebih berpetak, serta unit lampu LED melintang serba baharu.

Tiada sebarang imej dalaman dibekalkan, namun ia dijangka membawakan susun atur papan pemuka yang hampir sama dengan model Ranger, bermakna ia akan mendapat skrin infotainmen sebesar 10.1 atau 12 inci dengan sistem operasi SYNC4, serta paparan kluster digital.

Selain berkongsi platform ladder-frame, Everest juga dijangka membawakan pilihan enjin yang serupa seperti Ranger, termasuklah enjin 3.0 liter diesel turbo V6 yang lebih berkuasa dan versi plug-in hybrid.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…
Berita Domestik
Pada 2023, SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan…